Connect with us

Terkini

‘Kapal Kami Didatangi 15 Dron’ – Zizi Kirana Mohon Doa Rakyat Malaysia

Published

on

Zizi Kirana Mohon Doa

‘Kapal Kami Didatangi 15 Dron’ – Zizi Kirana Mohon Doa Rakyat Malaysia

Penyanyi rap terkenal, Zizi Kirana berkongsi detik cemas yang sedang dihadapinya ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla bagi menghantar bantuan ke Gaza.

15 Dron, Letupan Terdengar

Menerusi hantaran di TikTok, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil memaklumkan kapal yang dinaikinya bersama lebih 1,000 aktivis dari 44 negara telah dikepung sebanyak 15 dron.

“Assalamualaikum, sedikit update daripada saya.
Ketika ini kami dalam keadaan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Kapal flotilla kami telah didatangi 15 dron dan ada letupan berlaku. Saya sendiri dengar letupan itu,” katanya dengan nada tenang.

Mohon Doa Dari Rakyat Malaysia

Isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin itu turut merayu orang ramai agar tidak berhenti berdoa supaya misi ini dipermudahkan dan mereka semua dilindungi Allah SWT.

“Apa yang boleh saya minta daripada korang semua adalah doa. Tolong sebarkan mengenai gerakan kami ini. Kami nak bantu saudara kita di Gaza. Doakan kami semua, assalamualaikum.”

Misi Global Sumud Flotilla

Untuk rekod, Zizi antara beberapa selebriti dan aktivis Malaysia seperti Ardell Aryana dan PU Rahmat yang menyertai konvoi flotilla kali ini.

Sebanyak 24 kapal dengan lebih 1,000 peserta antarabangsa berlepas dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol menuju Gaza, membawa bekalan asas untuk penduduk yang terkepung.

@zizikiranaofficial

Alhamdulillah Kami Semua Dalam Keadaan Yang Baik.. Terus Doa , Qunut Nazilah Jangan Tinggalkan , Selawat Yang Banyak ,Kita Takkan Berhenti Dan Akan Teruskan Melangkah Untuk Saudara Kita Gaza .. HasbunAllah Wani’mal Wakeel 🤲🏻☝🏻

VIDEO: 

♬ original sound – Zizi Kirana

Baca lagi : “Ardell Aryana: Air Bersih Terhad, Sukarelawan Terpaksa Guna Air Laut” –

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

“Kalau Saya Bagi RM50, Pakcik Nak Kerja Dengan Saya?” – Kisah Pakcik Asan Buat Ramai Tersentuh

Published

on

“Kalau Saya Bagi RM50, Pakcik Nak Kerja Dengan Saya?” – Kisah Pakcik Asan Buat Ramai Tersentuh

“Kalau Saya Bagi RM50, Pakcik Nak Kerja Dengan Saya?” – Kisah Pakcik Asan Buat Ramai Tersentuh

KUALA LUMPUR – “Kalau saya bagi RM50, pakcik nak kerja dengan saya?”

Bagi sesetengah orang, soalan itu mungkin kedengaran seperti gurauan.

Namun bagi seorang lelaki berusia 55 tahun yang dikenali sebagai Pakcik Asan, tawaran tersebut akhirnya menjadi satu pengalaman yang mungkin tidak akan dilupakannya.

Pertemuan itu berlaku ketika Pakcik Asan sedang mengaji di sekitar Kuala Lumpur.

Dua lelaki tersebut kemudian menyapanya dan menawarkan pekerjaan mudah yang dikatakan tidak sampai dua jam.

“Kerja apa?”

“Kerja senang saja. Tak sampai dua jam. Pakcik ikut kami.”

Pakcik Asan akhirnya bersetuju.

Namun siapa sangka, “kerja RM50” itu akhirnya membawa kepada sesuatu yang jauh lebih besar.

Diminta Pilih Barang Dapur, Kemudian Pilih Pakaian Untuk Diri Sendiri

Menurut cerita yang dikongsikan, dua lelaki itu memberitahu mereka baru berpindah ke Kuala Lumpur dan tidak begitu pandai memilih barang keperluan dapur.

Jadi, Pakcik Asan diminta membantu mereka membeli pelbagai barangan.

Daripada sayur-sayuran, air mineral, buah-buahan hinggalah ubat gigi, semuanya dipilih dengan bantuan Pakcik Asan.

Selesai tugasan pertama, mereka memberikan satu lagi permintaan.

Kali ini, bukan untuk membantu mereka.

Pakcik Asan diminta memilih pakaian yang paling cantik untuk dirinya sendiri.

Baju baharu, seluar dan sebuah beg.

Mereka turut memberitahu bahawa malam itu mereka mahu membawa Pakcik Asan keluar berseronok.

Namun ketika mereka semakin lama berbual, mereka mula mengetahui kisah kehidupan lelaki tersebut.

Ada Dua Anak Lelaki, Tetapi Memilih Hidup Sendirian

Apabila ditanya mengenai keluarga, Pakcik Asan memberitahu bahawa dia pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak lelaki.

Kini kedua-dua anaknya sudah dewasa dan mempunyai keluarga masing-masing.

Namun Pakcik Asan memilih untuk meneruskan kehidupannya sendirian.

Apa yang lebih membuatkan dua lelaki tersebut tersentuh ialah cerita Pakcik Asan tentang kehidupannya dan sebab dia sering mengaji.

Katanya, dia tidak pernah meminta wang daripada sesiapa.

Jika ada yang bermurah hati memberikan sedekah, dia menerimanya dengan penuh kesyukuran.

Tetapi apa yang dilakukan selepas menerima sedekah itu mungkin membuatkan ramai terdiam.

Dia mendoakan orang yang memberikan kepadanya.

Pakcik Asan dikatakan membaca Surah Yasin dan berdoa supaya sedekah yang diberikan kepadanya digantikan Allah dengan rezeki yang lebih baik kepada mereka yang bersedekah.

Dia bukan sekadar memikirkan dirinya sendiri.

Dalam keadaan serba kekurangan, dia masih mahu mendoakan orang lain.

“Kita Sibuk Cari Rezeki, Tapi Lupa Siapa Pemberi Rezeki”

Kisah itu membuatkan dua lelaki tersebut mula melihat Pakcik Asan daripada sudut yang berbeza.

Bagi mereka, kehidupan di Kuala Lumpur kebanyakannya dipenuhi dengan manusia yang sibuk mengejar dunia.

Bangun pagi.

Pergi bekerja.

Mencari wang.

Mengejar keperluan hidup.

Kemudian pulang apabila hari sudah gelap.

Tetapi Pakcik Asan mempunyai cara hidupnya sendiri.

Dia memilih untuk mengaji.

Dia memilih untuk berdoa.

Dan dia memilih untuk mendoakan orang lain.

Daripada pertemuan tersebut, mereka turut menyampaikan satu renungan yang cukup mendalam.

“Kadang-kadang kita fikir tentang nak cari rezeki, nak cari rezeki… tapi kita lupa siapa sebenarnya pemberi rezeki.”

Sepatutnya RM50, Tetapi Diberi Lebih Banyak

Sebelum berpisah, mereka turut menghadiahkan sebuah jam tangan kepada Pakcik Asan.

Mereka meminta lelaki itu memakainya sendiri.

Kemudian tibalah masa untuk membayar “gaji” seperti yang dijanjikan.

Pada awalnya, jumlah yang disebut ialah RM50.

Namun akhirnya Pakcik Asan diberikan RM100.

Dan belum berhenti di situ.

Selepas mendengar kisah hidup serta melihat keikhlasan lelaki tersebut, mereka turut menghulurkan RM500 sebagai bantuan.

“Pakcik, kami mungkin tak banyak. Tapi kami harap RM500 ni dapat kurangkan beban Pakcik. Boleh buat makan minum Pakcik.”

Jumlah keseluruhannya menjadi RM600, selain pakaian, beg dan jam tangan yang turut diberikan.

Bantuan itu bukan lagi semata-mata bayaran kerana membantu memilih barang.

Ia lebih kepada tanda penghargaan dan kasih terhadap seorang lelaki yang meninggalkan kesan kepada mereka.

“Malam Ni Pakcik Tidur Dekat Mana?”

Namun satu soalan selepas itu membuatkan keadaan menjadi lebih menyentuh.

“Malam ni pakcik tidur dekat mana?”

Jawapan Pakcik Asan cukup ringkas.

Dia tidur di mana-mana tempat dia berhenti.

Di situlah dia berehat.

Tiada rumah mewah.

Tiada katil empuk.

Namun dalam keadaan hidup yang serba kekurangan, dia masih memilih untuk mengaji dan mendoakan orang lain.

Sebelum berpisah, mereka turut menitipkan doa agar Allah sentiasa menjaga Pakcik Asan.

Mereka juga berharap apabila kembali ke kawasan itu suatu hari nanti, mereka dapat melihat Pakcik Asan memakai pakaian, seluar dan beg baharu yang diberikan kepadanya.

Artikal menarik : [VIDEO] Pernah Digelar ‘Wan Penakut’ Ketika PLKN, Kini Jadi Abang Bomba Yang Selamatkan Nyawa Orang Ramai –

Bermula Dengan RM50, Berakhir Dengan Sebuah Pengajaran

Pertemuan yang pada awalnya hanya bermula dengan soalan “Kalau saya bagi RM50, pakcik nak kerja dengan saya?” akhirnya menjadi satu kisah yang jauh lebih besar.

Mungkin bagi dua lelaki tersebut, mereka hanya mahu membantu seorang lelaki yang mereka temui secara kebetulan.

Namun mungkin juga, pertemuan itu bukan sekadar kebetulan.

Mungkin itulah cara rezeki Allah sampai kepada Pakcik Asan.

Dan mungkin juga, kisah Pakcik Asan mengingatkan kita kepada sesuatu yang sering kita terlupa.

Kita terlalu sibuk mengejar rezeki sehingga terlupa bahawa rezeki itu sebenarnya datang daripada siapa.

Semoga Pakcik Asan sentiasa dilindungi Allah, diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya.

Dan semoga segala kebaikan dua lelaki yang membantu beliau pada hari itu dibalas dengan rezeki yang lebih luas dan keberkatan dalam kehidupan mereka. 🤲

Video Penuh :

 

Sumber Fb 

 

Continue Reading

Terkini

[VIDEO] Pernah Digelar ‘Wan Penakut’ Ketika PLKN, Kini Jadi Abang Bomba Yang Selamatkan Nyawa Orang Ramai

Published

on

[VIDEO] Pernah Digelar ‘Wan Penakut’ Ketika PLKN, Kini Jadi Abang Bomba Yang Selamatkan Nyawa Orang Ramai

[VIDEO] Pernah Digelar ‘Wan Penakut’ Ketika PLKN, Kini Jadi Abang Bomba Yang Selamatkan Nyawa Orang Ramai

PETALING JAYA – Siapa sangka seorang remaja yang pernah menjadi bahan jenaka di media sosial akhirnya membuktikan bahawa ketakutan bukanlah penghalang untuk menjadi seorang wira.

Ramai pasti masih mengingati video tular seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang kelihatan begitu takut ketika menjalani latihan ‘abseiling’. Gelagatnya yang cemas sehingga sukar untuk turun ketika itu mengundang pelbagai reaksi, malah ada yang melabelkannya sebagai “pengecut” dan “lemah”.

Namun, takdir telah menulis kisah yang cukup berbeza.

Pemilik video tersebut, Che Ku Muhammad Rizzuwan Che Ku Mohsin, kini merupakan seorang anggota bomba yang berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah.

Menurut Rizzuwan, dia tidak menyangka video lama yang dirakam ketika menyertai PLKN Pagoh pada tahun 2013 kembali tular, lebih-lebih lagi ketika isu PLKN hangat diperkatakan.

“Sebelum ini video tersebut pernah tular pada tahun 2017 apabila Ketua Platun saya memuat naiknya di media sosial sempena hari lahir saya. Kali ini mungkin sebab isu PLKN sedang hangat,” katanya.

Apa yang lebih menyentuh hati, Rizzuwan mengakui pernah menerima kecaman hebat daripada orang ramai yang tidak mengetahui perjalanan hidupnya selepas itu.

“Masa video itu tular, saya memang dikecam teruk. Dipanggil lemah dan pengecut. Tetapi kebanyakan yang mengutuk tak tahu saya sebenarnya sudah menjadi anggota bomba.

“Bila ramai tahu, pandangan mereka berubah. Daripada bahan jenaka bertukar menjadi rasa hormat kerana daripada seorang yang takut, kini menjadi seorang yang berani,” ujarnya.

Jejaka berusia 28 tahun itu berkata, dia kini sering dikenali orang ramai, terutama ketika mengendalikan ceramah dan taklimat keselamatan kebakaran di hospital serta pelbagai organisasi.

Mengimbau kembali detik video tersebut dirakam, anak kelahiran Johor Bahru itu mengakui pengalaman pertama menjalani latihan abseiling benar-benar menguji dirinya.

“Saya memang teruja pada mulanya. Tetapi bila sampai di atas, perasaan itu terus berubah. Saya mengaku memang terlalu takut. Tambahan pula saya tak sedar cikgu sedang merakam video.

“Saya hanya tahu mengenai rakaman itu pada malam terakhir PLKN ketika tayangan montaj. Memang malu sangat masa itu,” katanya sambil ketawa.

Walaupun pernah dihantui ketakutan terhadap ketinggian, minatnya terhadap bidang penyelamatan tidak pernah pudar. Rizzuwan mengakui sejak kecil lagi dia bercita-cita untuk menjadi anggota bomba.

Katanya, selepas menyertai pasukan bomba, dia menyedari bahawa latihan yang dilalui jauh lebih mencabar berbanding ketika PLKN.

“Saya memang minat bomba. Bila dah masuk, baru saya tahu latihan di sini lagi susah dan mencabar daripada PLKN.

“Banyak perkara saya belajar tentang operasi menyelamat. Dulu bangunan lima tingkat pun saya dah takut. Sekarang latihan di bangunan tujuh atau lapan tingkat sudah menjadi perkara biasa,” katanya.

Kisah Rizzuwan menjadi bukti bahawa seseorang tidak seharusnya dihakimi berdasarkan satu detik kelemahan dalam hidup mereka. Apa yang lebih penting ialah keberanian untuk bangkit dan memperbaiki diri.

Daripada seorang remaja yang pernah digelar “Wan Penakut”, kini beliau bergelar anggota bomba yang mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan orang lain.

Netizen pula rata-rata menyifatkan kisah ini sebagai satu inspirasi bahawa keberanian bukan bermaksud tidak pernah takut, tetapi mampu mengatasi ketakutan demi melakukan perkara yang betul.

Apa pendapat anda? Pernahkah anda menyangka ‘Wan Penakut’ PLKN ini akhirnya menjadi seorang abang bomba yang disegani? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

Sumber: Kosmo! Online

Video :

Continue Reading

Terkini

“Baru Terima Keputusan SPM, Remaja 18 Tahun Hilang Hampir 2 Minggu. Keluarga Bimbang Jadi Mangsa Sindiket”

Published

on

“Baru Terima Keputusan SPM, Remaja 18 Tahun Hilang Hampir 2 Minggu. Keluarga Bimbang Jadi Mangsa Sindiket”

JOHOR BAHRU: Sebuah keluarga kini hidup dalam kebimbangan selepas anak perempuan mereka yang berusia 18 tahun dilaporkan hilang hampir dua minggu dan sehingga kini masih gagal dikesan. Lebih membimbangkan, ahli keluarga percaya remaja itu mungkin telah dipengaruhi teman lelakinya sebelum menghilangkan diri.

Menurut laporan, remaja tersebut baru sahaja menerima keputusan SPM dan sedang mencari pekerjaan sebelum disedari meninggalkan rumah keluarganya di Johor Bahru pada 26 Mei lalu tanpa pengetahuan sesiapa.

Photo via China Press

Ibunya mendakwa perubahan sikap anaknya mula kelihatan selepas mengenali seorang lelaki berusia 22 tahun. Remaja itu dikatakan semakin berahsia dan enggan berkongsi maklumat mengenai hubungan mereka apabila ditanya oleh ahli keluarga.

Kebimbangan keluarga sebenarnya sudah bermula sejak tahun lalu apabila seorang jiran mendakwa pernah melihat remaja itu keluar bersama seorang lelaki pada waktu malam. Namun ketika ditanya, dia memaklumkan hanya keluar bersama rakan-rakan.

Keadaan menjadi lebih serius pada Disember tahun lalu apabila remaja itu didakwa pernah meninggalkan rumah bersama teman lelakinya sebelum berjaya dipujuk pulang oleh ahli keluarga selepas laporan polis dibuat.

Photo via China Press

Namun pada pagi 26 Mei, ibunya mendapati bilik anaknya kosong dan percaya dia keluar dari rumah ketika semua ahli keluarga sedang tidur. Sejak itu, telefon bimbitnya dimatikan dan segala usaha untuk menghubunginya menemui jalan buntu.

Apa yang lebih merisaukan, keluarga menemui beberapa mesej yang menunjukkan remaja tersebut didakwa dipujuk oleh teman lelakinya untuk meminjam wang sebanyak RM500. Perkara itu menimbulkan syak wasangka bahawa dia mungkin telah menjadi mangsa eksploitasi atau sindiket pemerdagangan manusia.

Seorang pemimpin masyarakat yang turut membantu keluarga berkata kehilangan remaja itu perlu disiasat dengan lebih mendalam dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya. Pada masa sama, beliau merayu agar remaja tersebut menghubungi keluarganya sekiranya melihat laporan berita berkenaan.

Keluarga remaja itu kini hanya mengharapkan satu perkara – agar anak mereka pulang dengan selamat atau sekurang-kurangnya memberi khabar bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan remaja tersebut diminta menghubungi ahli keluarga atau pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.