Connect with us

Terkini

Pelancong Dari China Didakwa Ditampar Pasangan Malaysia Selepas Diminta Bayar RM836 Dari KLIA Ke Hotel

Published

on

Pelancong Dari China Didakwa Ditampar Pasangan Malaysia Selepas Diminta Bayar RM836 Dari KLIA Ke Hotel

Dua pelancong dari China dilaporkan mengalami detik mencemaskan dan trauma selepas berdepan dengan sepasang suami isteri tempatan yang didakwa bertindak kasar serta cuba memeras wang mereka.

Rakaman insiden tersebut kini tular di media sosial, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai. Rata-rata netizen mengingatkan pelancong supaya menjauhi pemandu teksi haram yang sering mengambil kesempatan.

Tuntut RM836 Untuk Perjalanan KLIA – Hotel

Menurut laporan China Press, seorang pelancong wanita mendedahkan bahawa dia dan rakannya pada mulanya mencari bas untuk ke hotel dari Terminal 2 KLIA.

Ketika itu, seorang lelaki tempatan bersama isterinya mendekati mereka dan menawarkan perkhidmatan kereta ke hotel dengan bayaran RM60. Tawaran itu dipersetujui dan kedua-dua pelancong berkenaan pun menaiki kereta tersebut.

Namun, setibanya di kawasan hotel, lelaki itu tidak berhenti sebaliknya terus memandu melepasi destinasi yang dijanjikan. Dia kemudian menuntut bayaran RM836 — iaitu 14 kali ganda lebih tinggi daripada harga asal.

Dikurung Dalam Kereta Dan Didera

Apabila pelancong enggan membayar, isteri lelaki tersebut menjerit serta memaksa mereka “ikut peraturan” yang ditetapkan. Lebih mengejutkan, pintu kereta turut dikunci bagi menghalang mereka keluar.

Pasangan itu kemudian memandu mengelilingi kawasan hotel beberapa kali untuk menekan pelancong membayar jumlah yang diminta.

Akhirnya, kereta berhenti di hadapan hotel, namun pintu masih tidak dibuka. Mujurlah kakitangan hotel yang menyedari mangsa mengetuk tingkap sambil menjerit meminta tolong segera datang membantu.

Ditampar, Tuduhan Mencuri & Kekecohan Besar

Di luar kereta, isteri lelaki tersebut pula menuduh pelancong menipu dan mencuri telefon bimbit, lalu mendesak mereka membayar ganti rugi.

Kakitangan hotel dikatakan menasihatkan pelancong supaya menyerahkan wang kepada pasangan itu bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk, dan pada masa itu pertengkaran bertukar menjadi pergaduhan fizikal.

Pelancong mendakwa rakannya telah ditampar sebanyak tiga kali oleh wanita berkenaan. Seorang orang awam yang cuba menenangkan keadaan turut menjadi mangsa apabila didakwa dicekik oleh lelaki terbabit.

Pasangan Beredar Sebelum Polis Datang

Kekecohan itu hanya reda selepas pelancong akhirnya berjaya menghubungi pihak polis. Menyedari keadaan semakin panas, pasangan terbabit segera melarikan diri sebelum pihak berkuasa tiba.

Insiden ini menambah kebimbangan terhadap keselamatan pelancong di Malaysia serta menimbulkan persoalan mengenai tindakan pemandu tidak berlesen yang masih berleluasa di lapangan terbang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

“Baru Lepas Solat Zohor… Tak Sangka Itu Saat Terakhir Seorang Anak”

Published

on

“Baru Lepas Solat Zohor… Tak Sangka Itu Saat Terakhir Seorang Anak”

Seorang pelajar Tingkatan Satu, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, dilaporkan maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau sekolah.

Difahamkan, ketika kejadian arwah baru sahaja selesai menunaikan solat Zohor.

Dia hanya mahu memakai kasut sebelum pulang seperti pelajar lain.

Namun siapa sangka, beberapa saat selepas itu berlaku kejadian yang meragut nyawanya.

Lebih menyentuh hati, abang mangsa yang turut bersekolah di tempat sama hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan oleh rakannya.

Dia terus berlari ke surau dan mendapatkan adiknya yang ketika itu sudah tidak sedarkan diri di tangga surau.

Bayangkan luluhnya hati seorang abang apabila adik yang selama ini bergurau dan membesar bersama pergi secara tiba-tiba di depan matanya sendiri.

Bapa mangsa pula memaklumkan dia sedang bekerja sebelum menerima panggilan daripada adik iparnya yang menangis meminta dia segera ke sekolah.

Sebaik tiba di sana, dia hanya mampu melihat anak perempuannya sudah terbaring tidak bernyawa.

Lebih memilukan, arwah merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan sudah kehilangan ibu sejak lima tahun lalu.

Kini, keluarga sekali lagi diuji dengan kehilangan yang sangat besar.

Perkongsian kisah ini membuatkan ramai netizen turut berasa sebak dan bersimpati dengan nasib keluarga mangsa.

Ramai yang membayangkan betapa beratnya ujian yang perlu ditanggung oleh seorang ayah dan abang apabila kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata.

Semoga roh Nur Fatimatul Hawa ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan menghadapi ujian yang sangat berat ini.

Continue Reading

Terkini

“Air Mata Seorang Anak Yang Dah 15 Tahun Tunggu Jadi Abang” – Ibu Sebak, Berita Kehamilan Selepas Penantian Panjang Undang Ramai Menangis

Published

on

“Air Mata Seorang Anak Yang Dah 15 Tahun Tunggu Jadi Abang” – Ibu Sebak, Berita Kehamilan Selepas Penantian Panjang Undang Ramai Menangis

Selepas 15 tahun menanti, akhirnya sebuah keluarga ini dikurniakan berita yang paling indah dalam hidup mereka.

Lebih menyentuh hati, berita kehamilan itu bukan sahaja menggembirakan si ibu dan ayah, tetapi turut membuatkan anak sulung mereka menitiskan air mata bahagia kerana akhirnya impiannya untuk bergelar ‘abang’ bakal menjadi kenyataan.

Menurut perkongsian yang tular di media sosial, pasangan tersebut sudah lama menantikan kehadiran cahaya mata kedua. Namun mereka memilih untuk menunggu sehingga kandungan mencecah 12 minggu sebelum berkongsi berita gembira itu dengan anak mereka yang kini berusia 15 tahun.

Sepanjang tempoh menunggu, si ibu mengakui perasaannya bercampur baur. Dalam masa yang sama gembira, ada juga rasa risau memikirkan bagaimana reaksi anak sulung mereka nanti.

Difahamkan, kali terakhir mereka berbual tentang “nak ada adik” adalah ketika anak mereka berusia sekitar 12 tahun. Selepas itu, topik tersebut tidak lagi disebut kerana mereka sendiri tidak mahu terlalu berharap.

Namun siapa sangka, doa yang dipendam selama bertahun-tahun akhirnya dimakbulkan.

Momen paling menyentuh berlaku apabila pasangan itu memilih untuk menyampaikan berita tersebut secara berdepan ketika melawat anak mereka di asrama.

Mereka menyediakan dua keping surat khas beserta gambar imbasan kandungan yang tertulis:

“Hello Abang Hakim… it’s me, adik.”

Pada awalnya, mereka menjangkakan anak mereka hanya akan tersenyum atau terkejut biasa sahaja. Tetapi apa yang berlaku benar-benar meruntun hati.

Anak lelaki mereka terus memeluk ibunya sambil menangis sebaik membaca surat tersebut. Air mata yang mengalir bukanlah air mata sedih, tetapi air mata seorang anak yang sudah terlalu lama menyimpan impian untuk menjadi seorang abang.

Rakaman momen itu turut membuat ramai netizen sebak dan meninggalkan komen mendoakan agar segala urusan keluarga tersebut dipermudahkan.

Ada yang mengakui mereka sendiri tidak dapat menahan air mata melihat reaksi si abang, manakala ramai juga berkata inilah bukti bahawa setiap doa, walau mengambil masa bertahun-tahun, pasti akan tiba pada waktu yang paling tepat.

Kadang-kadang Allah tidak beri cepat, sebab Dia nak beri pada waktu yang paling indah.

Semoga dipermudahkan segala urusan ibu ini sehingga selamat melahirkan nanti, dan semoga si abang menjadi abang terbaik buat adiknya yang bakal lahir tidak lama lagi ❤️

Continue Reading

Hiburan

Ramai Sebak Lihat ‘Sultan Cina’ Sam Lim Peluk Islam, Netizen Titip Doa “Semoga Istiqamah”

Published

on

Ramai Sebak Lihat ‘Sultan Cina’ Sam Lim Peluk Islam, Netizen Titip Doa “Semoga Istiqamah”

Satu video yang tular di media sosial baru-baru ini berjaya menyentuh hati ramai apabila individu dikenali sebagai ‘Sultan Cina’, Sam Lim, dilihat melafazkan dua kalimah syahadah di sebuah pusat tahfiz.

Apa yang lebih menyentuh hati, momen tersebut dipercayai berlaku pada Jumaat terakhir Ramadan, satu hari yang sangat istimewa buat umat Islam.

Dalam video berkenaan, Sam Lim dilihat duduk berhadapan dengan seorang ustaz sambil dibimbing untuk mengucap syahadah di hadapan para pelajar tahfiz.

Suasana ketika itu juga dilihat cukup tenang dan penuh emosi apabila beberapa individu di sekeliling tidak dapat menahan rasa sebak melihat detik bersejarah tersebut.

Turut kelihatan, Sam Lim menerima pelukan daripada individu yang berada di situ sebaik sahaja selesai mengucap, seolah-olah menyambut kehadirannya sebagai saudara baru dalam Islam.

Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa syukur dan gembira melihat Sam Lim diberikan hidayah.

Malah, ramai juga yang meninggalkan komen dan doa agar beliau terus kuat dan istiqamah dalam perjalanan baharunya sebagai seorang Muslim.

Ada yang menyifatkan bahawa hidayah adalah sesuatu yang sangat mahal dan bukan semua orang diberikan peluang untuk merasainya.

“Bukan semua orang dipilih Allah untuk dapat hidayah. Semoga terus kuat dan istiqamah.”

“Sebak tengok. Kita yang lahir Islam pun belum tentu lebih baik kalau tak jaga agama.”

“Semoga dipermudahkan segala urusan saudara baru ini dan dikelilingi orang-orang baik.”

Dalam masa sama, ramai turut mengingatkan agar masyarakat tidak memandang rendah atau menghukum masa silam seseorang kerana setiap manusia mempunyai perjalanan hidup masing-masing.

Apa yang penting, setiap individu yang memilih untuk berubah ke arah lebih baik wajar diberikan sokongan dan doa.

Semoga Sam Lim terus diberi kekuatan, ketenangan hati dan dipermudahkan untuk mendalami ajaran Islam.

Sumber: Facebook

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.