Connect with us

Pendidikan

“Mak Pergi Sebelum Sempat Tengok Result Saya… Tapi Pesan Terakhir Dia Jadi Sebab Saya Dapat 9A!”

Published

on

Hidup sebatang kara di usia muda bukan benda senang. Itulah yang dilalui oleh Muhammad Haziq Hakimi Afzal, remaja 18 tahun dari Rembau yang kehilangan ayah sejak usia 9 tahun, dan kini terpaksa mengharungi hidup tanpa ibu pula.

Ayahnya meninggal dunia akibat penyakit kaki gajah. Dan tahun lepas, sekali lagi hidupnya diuji—ibu tercinta pula pergi akibat komplikasi jantung. Paling sayu, arwah emak tak sempat tahu yang anak tunggalnya berjaya dapat 9A dalam SPM, dan telah ditawarkan tempat di Universiti Jordan untuk sambung dalam jurusan Pengajian Islam.

“Saya down teruk masa tu… tengah buat persiapan untuk trial SPM, tiba-tiba emak pergi,” katanya.

Muhammad Haziq Hakimi Afzal 9A

Tapi dalam sedih dan pilu, Haziq tetap kuat. Dia pegang nasihat terakhir arwah emak—“belajar rajin-rajin, ubah nasib keluarga.” Emaknya kerja pembersih sekolah, ayah pula pengawal keselamatan. Tapi semangat mereka terus jadi pembakar semangat buat Haziq.

Kini, dia tinggal sementara dengan pakciknya di Chengkau untuk lebih mudah ke sekolah. Lepas habis SPM, dia kembali ke rumah peninggalan arwah ibu. Sementara tunggu ke Jordan, Haziq tak duduk diam. Dia jadi guru ganti KAFA, mengajar tuisyen, dan menulis cerpen serta puisi yang dihantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka—semata-mata untuk jana duit poket sendiri. Bantuan PERKESO RM700 sebulan hasil pencen arwah ibu juga sedikit sebanyak meringankan beban.

Kalau arwah ibu masih ada, pasti dia orang paling bangga dengan kejayaan anak tunggalnya. Tapi Haziq tahu, walau emak dah tiada, semangat dan harapannya tetap hidup dalam diri dia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pendidikan

“Daripada 2A, 2E & 2G Kepada 7A 3B” – Amin Idris Bangga Anak Sulung Cemerlang Dalam SPM

Published

on

“Daripada 2A, 2E & 2G Kepada 7A 3B” – Amin Idris Bangga Anak Sulung Cemerlang Dalam SPM

“Daripada 2A, 2E & 2G Kepada 7A 3B” – Amin Idris Bangga Anak Sulung Cemerlang Dalam SPM

Pengacara terkenal Amin Idris meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak sulungnya berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2025.

Menerusi perkongsian di media sosial, Amin berkongsi bagaimana anaknya, Nurul Iman Qistina, menunjukkan peningkatan luar biasa dalam akademik apabila berjaya memperoleh 7A dan 3B dalam SPM.

Lebih membanggakan, menurut Amin, anaknya sebelum ini pernah memperoleh keputusan 2A, 2E dan 2G, namun berjaya bangkit dengan usaha dan kesungguhan sehingga mencapai keputusan jauh lebih baik.

“Daripada 2A, 2E & 2G kepada 7A 3B.

“Paling utama, pecah tradisi tidak mewarisi daddy mummy yang lemah subjek Matematik hahaha,” tulisnya berseloroh.

Dalam masa sama, Amin turut merakamkan penghargaan kepada pihak Sekolah Menengah Agama Rawang serta guru-guru yang tidak pernah berputus asa membimbing anaknya.

Menurutnya, kejayaan itu bukan datang dengan mudah, sebaliknya hasil usaha berterusan, doa serta sokongan daripada keluarga dan para pendidik.

Amin turut menyifatkan anaknya sebagai seorang remaja yang fokus, tidak mudah melatah apabila ditegur dan sentiasa istiqamah dalam berdoa serta menjaga amal ibadah.

“Buat anak daddy Iman Qistina, I’m so proud of you.

“Tak pernah mengeluh walaupun diasak untuk belajar dari pagi sampai malam walaupun sampai ke hujung minggu, tak pernah melenting bila daddy sound dan marah,” katanya lagi.

Menurut Amin, walaupun sibuk belajar, anaknya masih bijak mengimbangi kehidupan dengan aktiviti riadah seperti badminton, bermain permainan video dan meluangkan masa berjalan-jalan sekali sekala.

Dalam hantaran sama, Amin turut menyatakan bahawa dia tidak pernah menyesal menghantar anaknya ke SAMER walaupun sekolah itu bukan sekolah elit seperti MRSM atau SBP.

Baginya, sekolah berkenaan berjaya mendidik anak-anak secara seimbang dari segi ilmu agama, akademik dan akhlak.

Ramai netizen turut mengucapkan tahniah kepada Nurul Iman Qistina dan menyifatkan pencapaiannya sebagai bukti bahawa keputusan kurang baik sebelum ini bukan penamat, sebaliknya boleh dijadikan pembakar semangat untuk bangkit dan berjaya.

“Tahniah, ini bukti usaha tak pernah khianati hasil.”

“Dari 2G ke 7A, memang luar biasa.”

“Ini baru betul inspirasi untuk pelajar lain.”

Continue Reading

Pendidikan

“Cikgu Cari Nama Kamu Dulu…” – Pelajar Dapat A Matematik Dalam SPM, Namun Pergi Sebelum Keputusan Keluar

Published

on

“Cikgu Cari Nama Kamu Dulu…” – Pelajar Dapat A Matematik Dalam SPM, Namun Pergi Sebelum Keputusan Keluar

Seorang guru meluahkan rasa bangga bercampur sebak apabila seorang pelajarnya yang meninggal dunia beberapa bulan lalu berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2025.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di media sosial, guru berkenaan memaklumkan bahawa nama pelajar tersebut menjadi antara nama pertama yang dicari sebaik sahaja keputusan diumumkan.

Menurutnya, pelajar berkenaan berjaya memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Matematik walaupun terpaksa menempuh pelbagai ujian sepanjang tempoh persekolahannya.

“Hari ini, bila keputusan SPM diumumkan, nama kamu yang pertama cikgu cari. Dan seperti yang cikgu jangkakan, kamu buktikan hari ini yang kamu memang seorang pelajar harapan – kamu berjaya genggam Gred A untuk mata pelajaran Matematik,” tulisnya.

Lebih memilukan, pelajar tersebut dikatakan hanya sempat hadir ke sekolah selama tiga bulan ketika berada di Tingkatan 4 sebelum terpaksa berehat panjang akibat masalah kesihatan.

Dia hanya kembali semula ke sekolah pada bulan Ogos ketika Tingkatan 5, namun tetap tidak pernah mengalah walaupun banyak ketinggalan dalam pelajaran.

Malah, ketika peperiksaan SPM berlangsung, pelajar itu tetap menduduki peperiksaan di atas katil hospital demi mengejar cita-cita dan masa depannya.

Di saat rakan-rakan lain berjuang di dalam dewan peperiksaan, dia pula bertarung melawan kesakitan sambil tetap menggenggam impian untuk berjaya.

Namun, segala perjuangan itu berakhir apabila pelajar berkenaan dilaporkan meninggal dunia pada Februari lalu, sejurus selepas peperiksaan tamat.

Keputusan cemerlang yang diterimanya kini menjadi hadiah terakhir yang amat bermakna buat keluarga, guru-guru dan rakan-rakan yang mengenalinya.

Ramai netizen turut sebak membaca perkongsian tersebut dan mengakui pelajar itu layak digelar pejuang sebenar.

“Dia pergi sebagai seorang pemenang.”

“Bukan semua orang mampu lawan sakit dan tetap duduki peperiksaan.”

“Air mata jatuh baca kisah ini. Besarnya pengorbanan arwah.”

Bagi guru-gurunya, Gred A yang diperoleh bukan sekadar angka, tetapi simbol keberanian, kesungguhan dan jiwa kental seorang pelajar yang tidak pernah berputus asa walaupun diuji dengan kesakitan.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.

Sunber : Zulfa Ismail

Continue Reading

Pendidikan

“Bahasa Inggeris Ikut Pak Dia Lah, A+” – Gurauan Sanusi Buat Ramai Tersenyum Bangga Raih 10A

Published

on

😄 “Bahasa Inggeris Ikut Pak Dia Lah, A+” – Gurauan Sanusi Buat Ramai Tersenyum

Anak kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, mencuri perhatian ramai selepas memperoleh keputusan cemerlang 10A dalam peperiksaan SPM 2025.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian netizen bukan sahaja keputusan hebat itu, tetapi juga gurauan spontan Sanusi ketika berbual dengan guru-guru sewaktu melihat slip keputusan anaknya.

“Bahasa Inggeris ikut pak dia lah, A+,” katanya sambil berseloroh dan mengundang gelak ketawa orang ramai.

Gurauan ringkas itu membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik suasana serius dan penuh debaran ketika mengambil keputusan SPM, tetap ada momen santai dan lucu antara ibu bapa dan anak.

Ramai netizen turut memuji sikap sederhana Sanusi yang hadir seperti waris biasa tanpa protokol berlebihan.

Ada yang menyifatkan beliau hadir dengan ringkas, beratur seperti ibu bapa lain dan tidak menunjukkan sebarang layanan istimewa walaupun memegang jawatan besar dalam negeri.

“MB mai macam waris biasa ja, tak dak protokol sangat pun.”

“Inilah yang orang suka, pemimpin yang simple dan tak berlebih-lebih.”

“Walau Menteri Besar, bila bab anak tetap sama macam mak ayah lain juga.”

Bagi ramai, situasi itu membuatkan Sanusi dilihat lebih dekat dengan rakyat kerana dalam soal anak dan pendidikan, semua ibu bapa tetap berkongsi rasa bangga yang sama.

Dalam masa sama, keputusan SPM 2025 turut menunjukkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Kebangsaan (GPK) meningkat kepada 4.42 berbanding 4.49 pada tahun sebelumnya.

Pencapaian itu merupakan yang terbaik dalam tempoh lima tahun dan menunjukkan ramai pelajar Malaysia terus bekerja keras demi masa depan mereka.

Tahniah kepada semua calon SPM 2025 dan ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan anak-anak.

Video Penuh :

@helmikhalid7

♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.