Pendidikan
“Mak Pergi Sebelum Sempat Tengok Result Saya… Tapi Pesan Terakhir Dia Jadi Sebab Saya Dapat 9A!”
Hidup sebatang kara di usia muda bukan benda senang. Itulah yang dilalui oleh Muhammad Haziq Hakimi Afzal, remaja 18 tahun dari Rembau yang kehilangan ayah sejak usia 9 tahun, dan kini terpaksa mengharungi hidup tanpa ibu pula.
Ayahnya meninggal dunia akibat penyakit kaki gajah. Dan tahun lepas, sekali lagi hidupnya diuji—ibu tercinta pula pergi akibat komplikasi jantung. Paling sayu, arwah emak tak sempat tahu yang anak tunggalnya berjaya dapat 9A dalam SPM, dan telah ditawarkan tempat di Universiti Jordan untuk sambung dalam jurusan Pengajian Islam.
“Saya down teruk masa tu… tengah buat persiapan untuk trial SPM, tiba-tiba emak pergi,” katanya.

Tapi dalam sedih dan pilu, Haziq tetap kuat. Dia pegang nasihat terakhir arwah emak—“belajar rajin-rajin, ubah nasib keluarga.” Emaknya kerja pembersih sekolah, ayah pula pengawal keselamatan. Tapi semangat mereka terus jadi pembakar semangat buat Haziq.
Kini, dia tinggal sementara dengan pakciknya di Chengkau untuk lebih mudah ke sekolah. Lepas habis SPM, dia kembali ke rumah peninggalan arwah ibu. Sementara tunggu ke Jordan, Haziq tak duduk diam. Dia jadi guru ganti KAFA, mengajar tuisyen, dan menulis cerpen serta puisi yang dihantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka—semata-mata untuk jana duit poket sendiri. Bantuan PERKESO RM700 sebulan hasil pencen arwah ibu juga sedikit sebanyak meringankan beban.
Kalau arwah ibu masih ada, pasti dia orang paling bangga dengan kejayaan anak tunggalnya. Tapi Haziq tahu, walau emak dah tiada, semangat dan harapannya tetap hidup dalam diri dia.
-
Terkini3 weeks ago[VIDEO] Ibu ‘Tahan’ Polis Di Tepi Jalan Gara-Gara Anak Terlalu Obses Main Telefon, Netizen Puji Tindakan Bijak
-
Terkini2 weeks agoIP Sahkan Pernikahan Kamal Adli & Uqasha Senrose Sah — Akad Nikah Berlangsung 4 November 2021 Di Bentong
-
Terkini5 days agoPelajar Kolej Ditemui Tergantung di Kipas Siling, Keluarga Tuntut Keadilan Selepas Dua Bulan Tanpa Jawapan
-
Terkini3 months ago“Wajah-Wajah Didakwa Pembuli Zara Qairina Tersebar – Rakyat Desak Siasatan Telus Tanpa Campur Tangan VVIP”
-
Terkini4 weeks agoPolis Buru Wanita Disyaki Curi Baju & Skirt Di Butik Siti Khadijah, Imago Kota Kinabalu
-
Terkini1 month agoPasangan Suami Isteri Maut Dirempuh Lori, Keluarga Sebak Pemergian Serentak
-
Terkini3 months ago“Zara Simpan Duit 2 Bulan Untuk Beli Kasut… Kini Hanya Tinggal Kenangan”
-
Terkini2 months agoBukan Hilang, Tapi Menyorok – Anggota TUDM Takut Lepas Langgar Kereta Pegawai

