Politik
Kor Ming: “Pembangkang, Jangan Main Wayang Politik!”
PUTRAJAYA, 1 Sept – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menegur pihak pembangkang agar tidak memainkan isu politik berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (PSB) yang telah ditangguhkan bacaan keduanya pada Khamis lalu.
Menurut Kor Ming, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebelum ini memberi jaminan bahawa pembangkang tidak akan menolak RUU berkenaan.
“Saya sebenarnya nak ucap terima kasih kepada Ketua Pembangkang kerana semalam semasa PMQT, beliau telah janji kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau (Hamzah) kata pembangkang akan sokong akta ini. Mereka cuma minta tangguh,” katanya.
Beliau menambah bahawa dalam rekod Hansard Parlimen, kenyataan Ketua Pembangkang itu sangat jelas – menyatakan tiada bantahan terhadap RUU PSB, malah menyokong jika diberi masa untuk penangguhan.

“Dalam Hansard jelas, Ketua Pembangkang cakap mereka tidak akan bantah. Kamu semua dengar. Mereka cakap akan sokong. Cuma minta tangguh,” katanya ketika sidang akhbar di Putrajaya pada Jumaat.
RUU PSB Ditangguh Bacaan Kedua
RUU Pembangunan Semula Bandar (PSB) yang dijadualkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat telah ditangguhkan atas permintaan agar diberikan masa tambahan untuk penelitian oleh pelbagai pihak termasuk pembangkang.
Nga Kor Ming turut menyuarakan harapannya agar semua pihak menumpukan kepada kepentingan rakyat dan pembangunan negara, bukannya menimbulkan kekeliruan atau polemik politik tidak perlu.

-
Kewangan3 weeks ago“Anak 10 Tahun Derma Sel Stem Demi Selamatkan Ayah Hidap Kanser — Namun Takdir Tentukan Segalanya”
-
Terkini4 weeks agoMenangis Teresak-esak Di Tepi Jalan, Pemandu Treler Trauma Terlanggar Rider Yang Terjatuh
-
Terkini3 days ago“Isteri Tunaikan Impian Beli Motosikal, Akhirnya Tinggal Kenangan” – Penunggang Maut Dirempuh Pemandu Positif Alkohol Dan Dadah Di Klang
-
Terkini4 months ago2 Pelajar Tingkatan 3 Maut Digilis Lori Ketika Dalam Perjalanan Ambil Sijil Sekolah
-
Kewangan4 weeks agoMata Cedera Terkena Bola Pickleball, Aaron Aziz Perlu Dititik Ubat Setiap 30 Minit
-
Terkini4 months ago“‘Tolong Doakan Saya Kuat’ — Luahan Pilu Anak Terbongkar Ayah Terlibat Aktiviti Songsang, Keluarga Terkesan Bertahun-Tahun”
-
Terkini2 months agoKanak-Kanak Ditimpa Penghadang Besi Tirai Dalam Masjid, Rakaman CCTV Undang Sebak
-
Terkini4 months ago“Berehatlah Di Syurga…” Ketua Jururawat Ampang Meninggal Bersama Bayi Dalam Kandungan

