Hiburan
“Bukan Sekadar Cincin…” – Syed Saddiq Buat Ramai Tersentuh Bila Sediakan Masa Depan Anak-Anak Bella
Pelakon Bella Astillah selamat mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Majlis yang berlangsung sekitar jam 3 petang itu dihadiri kira-kira 150 tetamu terdiri daripada ahli keluarga serta rakan rapat kedua-dua belah pihak. Suasana sederhana tetapi meriah itu turut mencuri perhatian ramai apabila beberapa hantaran daripada Syed Saddiq dilihat mempunyai makna yang cukup mendalam.

Selain cincin pertunangan dan pembukaan akaun Lembaga Tabung Haji buat Bella, antara hantaran yang paling mencuri perhatian ramai adalah dua akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional khas untuk anak-anak Bella.
Tindakan Syed Saddiq itu dilihat sebagai tanda kasih dan keprihatinan terhadap masa depan anak-anak Bella, sekali gus membuatkan ramai netizen tersentuh. Ramai yang memuji kerana beliau bukan sahaja memikirkan pasangannya, malah turut menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap keluarga yang bakal dibina bersama.

Sementara itu, pihak Bella pula membalas dengan tujuh dulang hantaran termasuk set minyak wangi, makanan kucing dan beberapa hadiah lain.
Majlis tersebut turut dihadiri beberapa rakan artis terkenal seperti Nur Fazura, Que Haidar, Nora Danish, A. Aida, Nabil Ahmad, Ben Ali dan Ellie Suriaty.
Sebelum ini, hubungan Bella dan Syed Saddiq mula menjadi perhatian ramai sejak hujung tahun 2024 sebelum kemesraan mereka semakin jelas dan mencetuskan fenomena #BASS dalam kalangan peminat.
👉 Pada pendapat anda, romantik tak hantaran macam ni?
👉 Komen dan share kalau anda doakan hubungan mereka berkekalan.
Video :
Terkini
Pelakon Wanita, Suami Direman Kes Tipu Tanah Tidak Wujud RM1.5 Juta
Pelakon Wanita, Suami Direman Kes Tipu Tanah Tidak Wujud RM1.5 Juta
SEREMBAN – Seorang pelakon wanita bersama suaminya kini berdepan siasatan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes penipuan membabitkan penjualan tanah lot kurniaan kerajaan yang sebenarnya tidak wujud, sehingga menyebabkan kerugian mencecah RM1.5 juta.
Lebih menarik perhatian, ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis, pelakon wanita berusia 35 tahun itu sempat berpesan kepada pihak media.
“Nanti tulis apa yang betul ya… kalau tak sahih jangan tulis. Terima kasih,” katanya ringkas.
Wanita itu bersama suaminya yang berusia 41 tahun tiba di mahkamah sekitar jam 9.15 pagi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Aruz, diiringi pihak polis bagi tujuan permohonan reman.

Pasangan tersebut sebelum itu difahamkan telah ditahan di sebuah rumah di Hulu Langat, Selangor pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, mahkamah membenarkan kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga 7 Mac bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Menurut beliau, penahanan pasangan tersebut dibuat susulan laporan yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 56 tahun yang mendakwa telah menjadi mangsa penipuan berkaitan tawaran mendapatkan tanah kurniaan kerajaan negeri Selangor.

Sumber : sinar harian
Mangsa yang merupakan bekas ahli perniagaan itu mendakwa telah ditawarkan beberapa lot tanah di bawah mukim Cheras, Selangor oleh seorang lelaki yang menjanjikan tanah tersebut adalah tanah kurniaan kerajaan negeri.
Terpedaya dengan tawaran tersebut, mangsa mula membuat urusan pembayaran kepada suspek.
Difahamkan, mangsa telah melakukan sebanyak 195 transaksi pembayaran bermula September 2023 sehingga November 2025.
Akibatnya, mangsa mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM1.5 juta sebelum menyedari tanah yang dijanjikan itu sebenarnya tidak wujud.
Kes kini masih dalam siasatan pihak polis.
Terkini
IP Sahkan Pernikahan Kamal Adli & Uqasha Senrose Sah — Akad Nikah Berlangsung 4 November 2021 Di Bentong
KUANTAN – Spekulasi mengenai status perkahwinan pasangan selebriti terkenal, Kamal Adli dan Uqasha Senrose, akhirnya terjawab apabila Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesahkan bahawa pernikahan mereka sah di sisi syarak.
Dalam kenyataan rasmi pada Khamis, JAIP memaklumkan bahawa pasangan tersebut dinikahkan pada 4 November 2021, jam 9.30 malam di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong, dengan wali mujbir pengantin perempuan yang juga bapa kandungnya, Nik Sen Mat Ripin.
“Berdasarkan Rekod Pendaftaran Nikah Negeri Pahang, Ahmad Kamal bin Ahmad Adli (Kamal Adli) telah sah bernikah dengan Nik Zaris Uqasha binti Nik Sen (Uqasha Senrose) melalui persetujuan dan kehadiran wali mujbir, Nik Sen bin Mat Ripin.
“Bapa pengantin mewakilkan (secara wakalah wali) kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Kawasan Bentong 1 untuk menjalankan akad nikah tersebut,” jelas kenyataan itu.
Majlis akad nikah berkenaan turut dijalankan mengikut SOP ketat yang ditetapkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa.

Apa Itu Wali Mujbir?
JAIP turut menjelaskan bahawa wali mujbir ialah wali yang mempunyai kuasa untuk mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih dara tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu, selagi perkahwinan itu mendapat kerelaan dan persetujuan kedua-dua pihak.

Tular Dakwaan Tarikh Nikah Berbeza
Isu ini tercetus selepas Uqasha mempersoalkan tarikh sebenar akad nikah mereka menerusi satu hantaran di media sosial baru-baru ini.
Pelakon drama Hati Tanpa Rasa itu mendakwa akad nikah berlangsung pada 5 November 2021, berbeza daripada tarikh 4 November 2021 yang tertera pada sijil nikah.
Uqasha turut menuduh pihak suami serta keluarganya memanipulasi tarikh pernikahan, namun hantaran tersebut kemudian dipadam selepas menerima perhatian meluas daripada netizen.
JAIP tampil menjernihkan keadaan dengan mengesahkan bahawa rekod rasmi menunjukkan tarikh akad nikah adalah 4 November 2021, bukan 5 November seperti yang didakwa.

Permohonan Cerai Difailkan
Sebelum ini, Uqasha dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu, mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai keadaan rumah tangga pasangan itu yang dibina sejak tiga tahun lalu.
Pasangan ini yang mula rapat selepas membintangi drama Setelah Terlafaznya Akad, sering menjadi perhatian peminat kerana dianggap antara selebriti paling serasi di Malaysia.
Namun begitu, dengan penjelasan rasmi JAIP ini, status pernikahan Kamal Adli dan Uqasha Senrose kini disahkan sah di sisi undang-undang Islam, sekaligus menamatkan kekeliruan yang tular di media sosial sejak beberapa minggu lalu.
— Sumber: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Kosmo!
Hiburan
“Selamat Kaki Aku” – Sathiya Lega Dua Jari Berjaya Diselamatkan
KUALA LUMPUR, 1 Sept – Pelawak veteran, Sathiya atau Sathia Periasamy, 61, meluahkan rasa syukur apabila dua jarinya yang sebelum ini berisiko dipotong akibat jangkitan kuman berjaya diselamatkan oleh pihak hospital.
“Doktor cakap tak payah potong jari. Selamat kaki aku,” katanya berseloroh dengan nada ceria walaupun berdepan ujian kesihatan yang mencabar.

Memetik laporan BH Online, hanya ibu jari kaki kirinya dipotong pada 31 Julai lalu, manakala dua jari lain yang pada awalnya dijangka akan dipotong kini dalam proses rawatan lanjut.
“Cantik macha. Dia sudah angkat jari. Kaki saya pakailah. Sekarang dua jari ini kena letak ubat. Doktor yang rawat saya sangat baik hati. Doktor banyak tolong saya,” tambahnya lagi.
Kaki Berisiko Dipotong, Tapi Keajaiban Berlaku
Terdahulu, Sathiya pernah memaklumkan bahawa kakinya berisiko dipotong sepenuhnya sekiranya jangkitan kuman terus merebak. Namun berkat rawatan segera dan dedikasi pasukan perubatan, keadaan itu berjaya dikawal.
Beliau kini dalam proses pemulihan dan bersyukur kerana dua jari tersebut tidak perlu dibuang, sekaligus membolehkannya kekal aktif dan menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa.

Penghargaan Buat Pasukan Perubatan
Pelakon dan pelawak itu turut menzahirkan penghargaan kepada doktor serta kakitangan hospital yang merawatnya kerana sifat prihatin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh rawatan.
Sathiya mengekalkan sikap positif walaupun diuji dengan masalah kesihatan yang menakutkan dan berisiko besar terhadap mobilitinya.
“Saya okay. Semangat saya tak jatuh. Yang penting boleh terus berjalan dan cari rezeki.”
🎭 Dikenali dengan watak-watak lucu dalam pelbagai drama dan rancangan lawak tempatan, Sathiya merupakan antara figura pelawak yang cukup dihormati dalam industri hiburan Malaysia.
-
Kewangan3 weeks ago“Anak 10 Tahun Derma Sel Stem Demi Selamatkan Ayah Hidap Kanser — Namun Takdir Tentukan Segalanya”
-
Terkini4 weeks agoMenangis Teresak-esak Di Tepi Jalan, Pemandu Treler Trauma Terlanggar Rider Yang Terjatuh
-
Terkini3 days ago“Isteri Tunaikan Impian Beli Motosikal, Akhirnya Tinggal Kenangan” – Penunggang Maut Dirempuh Pemandu Positif Alkohol Dan Dadah Di Klang
-
Terkini4 months ago2 Pelajar Tingkatan 3 Maut Digilis Lori Ketika Dalam Perjalanan Ambil Sijil Sekolah
-
Kewangan4 weeks agoMata Cedera Terkena Bola Pickleball, Aaron Aziz Perlu Dititik Ubat Setiap 30 Minit
-
Terkini4 months ago“‘Tolong Doakan Saya Kuat’ — Luahan Pilu Anak Terbongkar Ayah Terlibat Aktiviti Songsang, Keluarga Terkesan Bertahun-Tahun”
-
Terkini2 months agoKanak-Kanak Ditimpa Penghadang Besi Tirai Dalam Masjid, Rakaman CCTV Undang Sebak
-
Terkini4 months ago“Berehatlah Di Syurga…” Ketua Jururawat Ampang Meninggal Bersama Bayi Dalam Kandungan

