Connect with us

Kewangan

Mata Cedera Terkena Bola Pickleball, Aaron Aziz Perlu Dititik Ubat Setiap 30 Minit

Published

on

Mata Cedera Terkena Bola Pickleball, Aaron Aziz Perlu Dititik Ubat Setiap 30 Minit

Pelakon terkenal Aaron Aziz mendedahkan keadaan mata kirinya yang cedera selepas terkena bola ketika bermain sukan pickleball.

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama sebenar Aaron Mustapha Aziz itu memuat naik video yang memaparkan imbasan (scan) pada bahagian mata kirinya yang terjejas akibat insiden tersebut.

Pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu turut memohon maaf kepada pihak produksi serta jenama pakaian yang terpaksa menangguhkan beberapa komitmen kerjanya buat sementara waktu.

Menurut Aaron, pihak hospital tidak membenarkan beliau keluar kerana keadaannya masih perlu dipantau oleh doktor.

“Ini adalah keadaan mata kiri saya yang cedera. Minta maaf kepada pihak produksi Metrowealth International Group dan jenama Muaz sebab tak dapat hadir (tuntutan kerja).

“Pihak hospital tak benarkan saya keluar. Doktor perlu titik ubat di mata saya setiap 30 minit,” katanya.

Dalam hantaran yang sama, Aaron turut berkongsi rakaman detik ketika mata kirinya terkena bola sewaktu sedang bermain pickleball.

Perkongsian tersebut segera mendapat perhatian ramai. Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet serta rakan selebriti tampil menitipkan doa agar pelakon itu segera sembuh.

Ramai juga peminat meluahkan rasa risau melihat keadaan mata Aaron dan berharap kecederaan itu tidak memberi kesan serius terhadap penglihatannya.


Apa pendapat korang?
Sukan nampak santai, tapi kadang-kadang boleh jadi bahaya kalau terkena bahagian sensitif seperti mata.

Semoga Aaron Aziz cepat sembuh. 🤲

Video :

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kewangan

“Mangsa Akhirnya Meninggal Dunia” – Kes Koperal Pukul Rakan Setugas Kini Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh

Published

on

“Mangsa Akhirnya Meninggal Dunia” – Kes Koperal Pukul Rakan Setugas Kini Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh

“Mangsa Akhirnya Meninggal Dunia” – Kes Koperal Pukul Rakan Setugas Kini Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh

Kes seorang anggota tentera berpangkat koperal yang didakwa memukul beberapa rakan setugas di Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja, Bentong kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.

Perkembangan itu berlaku selepas seorang daripada mangsa yang sebelum ini dilaporkan cedera parah disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 9.34 pagi.

Susulan itu, siasatan kes yang sebelum ini dijalankan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kini diklasifikasikan semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 9.34 pagi, menyebabkan siasatan kes berkenaan kini dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut beliau, pihak polis juga telah memohon untuk menjalankan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Dalam masa sama, polis akan meneliti semula semua keterangan yang telah diambil sebelum ini dan tidak menolak kemungkinan sambungan rakaman percakapan saksi akan dilakukan bagi membantu siasatan.

Terdahulu, media melaporkan seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bentong atas tujuh pertuduhan mencederakan anggota lain pada bulan lalu.

Kes tersebut dipercayai melibatkan tujuh anggota tentera lain yang didakwa dipukul dalam kejadian di kem berkenaan pada 31 Mac lalu.

Perkembangan terbaru ini mengundang perhatian ramai memandangkan kes tersebut kini bertukar daripada kes mencederakan kepada siasatan bunuh.

Ramai berharap siasatan dijalankan secara telus agar semua pihak yang terlibat mendapat keadilan sewajarnya.

Dalam masa sama, kes ini turut mencetuskan persoalan tentang aspek disiplin dan keselamatan dalam kalangan anggota di kem tentera.

Info Tambahan :

📅 Kronologi Kejadian
– 30 Mac 2026: Kejadian berlaku di kem Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD), Bentong.
🔎 Punca: Serangan dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati susulan tugas pembersihan stor senjata.
🤕 Kecederaan: Suspek didakwa menampar dan menumbuk mangsa di bahagian muka serta perut.
Continue Reading

Kewangan

(VIDEO) Nyawa melayang angkara pemandu mabuk, Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Positif Alkohol Dan Dadah Di Klang

Published

on

KLANG – Seorang penunggang motosikal maut dalam satu nahas tragis selepas dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Klang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, sebuah kereta jenis Honda City dilaporkan dipandu laju dan berbahaya sebelum tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.

Tindakan pemandu berusia 20-an itu mengundang detik hitam apabila kenderaannya merempuh motosikal mangsa sebelum mangsa tercampak ke arah sebuah Perodua Myvi yang berada berhampiran.

Mangsa, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Lebih mengejutkan, hasil pemeriksaan awal mendapati pemandu Honda City terbabit positif alkohol dan dadah sebelum dia ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan ramai netizen yang menyifatkan sikap memandu di bawah pengaruh bahan terlarang sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh meragut nyawa orang lain.

“Orang lain keluar rumah cari rezeki, tapi jadi mangsa orang yang tidak waras di jalan raya,” tulis seorang netizen.

“Kalau sudah mabuk dan ambil dadah, janganlah bawa kereta. Nyawa orang lain bukan murah,” komen seorang lagi.

Ramai turut mendesak hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga menyebabkan kematian.

Kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang jalan raya berkaitan pemanduan berbahaya dan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak sesekali memandu jika berada dalam keadaan mabuk, khayal atau tidak stabil kerana satu keputusan buruk boleh memusnahkan nyawa ramai pihak dalam sekelip mata.

Continue Reading

Kewangan

Anggota Rela Raih Pujian, Tenang Berbahasa Inggeris Jelaskan Tugas Kepada Pelancong

Published

on

Anggota Rela Raih Pujian, Tenang Berbahasa Inggeris Jelaskan Tugas Kepada Pelancong

Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menjadi perhatian ramai selepas videonya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan seorang pelancong dari Russia tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Alexey Brock, perbualan tersebut berlaku ketika mereka bertemu di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pelancong berkenaan dilihat bertanyakan tentang pakaian seragam yang dipakai anggota tersebut yang kelihatan berbeza daripada Polis Diraja Malaysia.

Dengan tenang, anggota Rela yang dikenali sebagai Al-Yahya menjelaskan bahawa beliau bukan anggota polis, namun tugasnya hampir serupa dalam membantu menjaga ketenteraman di sesuatu kawasan. Katanya, penugasan anggota Rela bergantung kepada lokasi tertentu dan boleh berubah mengikut keperluan.

Dalam perbualan itu juga, beliau berkongsi pengalaman berdepan situasi tegang ketika menghalang seorang pelanggan membawa makanan masuk ke dalam sebuah premis perniagaan sewaktu bertugas. Walaupun berlaku pertikaian kecil, individu tersebut akhirnya memahami bahawa tindakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawabnya.

Video berkenaan menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji keyakinan dan usaha anggota Rela tersebut berkomunikasi dalam bahasa Inggeris walaupun secara ringkas. Ada juga yang berpendapat beliau mungkin pernah berkhidmat dalam pasukan beruniform sebelum ini.

Perkongsian tersebut sekali lagi menunjukkan bahawa sikap ramah dan kesediaan membantu pelancong mampu memberikan imej positif kepada negara di mata dunia.

👉 Bangga tak tengok rakyat Malaysia bantu pelancong dengan cara macam ni?
👉 Komen dan share supaya lebih ramai hargai pengorbanan anggota Rela.

Video penuh :

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.