Connect with us

Terkini

“‘Tolong Doakan Saya Kuat’ — Luahan Pilu Anak Terbongkar Ayah Terlibat Aktiviti Songsang, Keluarga Terkesan Bertahun-Tahun”

Published

on

“‘Tolong Doakan Saya Kuat’ — Luahan Pilu Anak Terbongkar Ayah Terlibat Aktiviti Songsang, Keluarga Terkesan Bertahun-Tahun”

Sebuah luahan daripada seorang pengguna Threads mengundang sebak warganet apabila menceritakan kisah hidupnya membesar dalam keluarga yang kelihatan bahagia di luar, namun sebenarnya menyimpan luka yang sangat besar.

Menurut wanita itu, hidupnya mula berubah sejak kecil apabila melihat ibu bapanya sering bergaduh dan tidur secara berasingan. Tanpa sesiapa sedar, dia sebenarnya sudah mula mengesyaki sesuatu apabila menemui koleksi VCD lucah, kondom dan barang peribadi lain milik ayahnya.

“Saya sedih… saya tahu ayah saya ada kecenderungan begitu.”

Semakin membesar, lebih banyak perkara merunsingkan ditemui. Ayahnya kerap keluar malam dan kelihatan menyembunyikan sesuatu. Namun kemuncak segalanya berlaku ketika wanita itu di universiti — ayahnya jatuh sakit teruk sehingga dimasukkan ke hospital, sebelum doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit serius akibat aktiviti berisiko tinggi.

171 Lelaki Ditahan Di Spa Chow Kit

Berita itu membuatkan dunia anak ini terasa gelap.

“Saya menangis sampai tak boleh bernafas. Jiwa saya pecah masa tu.”

Wanita itu mendakwa ibunya sudah lama tahu selepas dipanggil menjalani sesi kaunseling di hospital, namun memilih untuk berdiam diri demi menjaga keharmonian rumah tangga.

Ayah kembali pulih… tapi perangai lama berulang

Walaupun ayahnya kembali stabil selepas rawatan, wanita itu kecewa apabila mendapati ayahnya tetap terlibat dalam kumpulan dan kandungan lucah songsang di media sosial.

“Saya sangka dia dah insaf. Rupanya masih ulang perangai lama… sampai sekarang pun tidur asing dengan mak.”

Walaupun sudah bergelar datuk, ayahnya masih terlibat dalam aktiviti sama, membuatkan anak ini semakin jauh hati dan keliru bagaimana untuk menghormati seorang lelaki yang pernah membahayakan keluarganya tanpa pengetahuan mereka.

“Saya takut… kalau ayah meninggal, macam mana proses jenazah nanti?”

Luahan itu bertambah berat apabila dia mengaku sering memikirkan masa depan keluarganya — termasuk risiko aib pecah, terutama apabila kes serbuan spa songsang baru-baru ini tular.

Ibu yang pemurah dan setia membuatkan dia lebih terseksa.

“Mak saya terlalu baik. Kalau saya jadi mak, lama dah saya angkat kaki.”

Suaminya menjadi tempat dia bercerita dan menyokong emosi, namun dia tetap dihantui ketakutan dan rasa malu menerima realiti keluarga sendiri.


“Saya tak buka aib. Saya cuma anak yang dah penat simpan segalanya.”

Wanita itu berharap kisahnya menjadi pengajaran kepada orang lain — bahawa kesan perbuatan seorang suami/bapa memberi luka yang panjang kepada seluruh keluarga, bukan hanya kepada pasangan.

“Tolong doakan saya kuat. Saya cuma nak hidup macam orang lain… tapi keluarga saya tak pernah normal.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

“Datang Rumah Nak Mandi Kolam…” – Gelagat Cik Buyong & Budak-Budak Jiran Buat Ramai Cair

Published

on

“Datang Rumah Nak Mandi Kolam…” – Gelagat Cik Buyong & Budak-Budak Jiran Buat Ramai Cair 😍

SETIAP kali muncul dekat TikTok, video wanita dikenali sebagai Cik Buyong ini pasti buat ramai tersenyum sendiri melihat gelagatnya melayan anak-anak jiran.

Mana tidaknya, rumah wanita itu sering menjadi port budak-budak sekitar datang bermain dan mandi kolam bersama-sama.

Apa yang mencuri perhatian, kebanyakan budak yang datang bukan terus terjah masuk begitu sahaja, sebaliknya mereka akan datang dengan sopan untuk meminta izin terlebih dahulu.

Malah suasana menjadi lebih meriah apabila ada juga ibu kepada kanak-kanak tersebut yang turut join sekali mandi kolam bersama anak-anak mereka.

Dalam beberapa video yang dikongsikan, Cik Buyong dilihat bukan sahaja membenarkan mereka bermain, malah turut menyediakan makanan dan minuman untuk tetamu kecilnya itu.

Sikap pemurah dan layanan mesra wanita berkenaan membuatkan ramai netizen tersentuh hati melihat hubungan kejiranan yang sangat harmoni.

Difahamkan, Cik Buyong hanya mempunyai seorang cahaya mata, namun kehadiran budak-budak jiran membuatkan rumahnya sentiasa riuh dengan gelak tawa.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen mengakui content sebegitu sangat menenangkan selain mengingatkan mereka kepada suasana kejiranan dahulu yang lebih rapat dan mesra.

“Bestnya hidup berjiran macam ni.”

“Budak-budak sekarang kalau dapat jiran baik macam ni memang bahagia.”

“Jarang dah nampak suasana macam ni dekat kawasan perumahan sekarang.”

Perkongsian video tersebut turut mendapat perhatian ramai di TikTok dan terus tular kerana dianggap memberi aura positif kepada pengguna media sosial.

Kredit: TikTok anbus06

Video penuh :

@anbus06 Anak2 cik buyung nih,jgn cakap anak i sorang je ,anak i banyak tau😂😂#loveofmylife #latepost #myhome ♬ bunyi asal – Zanura

Continue Reading

Terkini

Baru 2 Hari Hantar Ke Rumah Pengasuh, Baby 4 Bulan Pulang Dalam Keadaan Kaku

Published

on

Baru 2 Hari Hantar Ke Rumah Pengasuh, Baby 4 Bulan Pulang Dalam Keadaan Kaku 😭💔

Hati ibu ayah mana yang mampu menahan sebak apabila anak kecil yang dihantar dalam keadaan sihat akhirnya pulang tidak bernyawa.

Itulah ujian berat yang sedang dilalui keluarga kepada seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Muhammad Izz Ramadhan atau mesra dipanggil Adan.

Menerusi perkongsian tular di TikTok, Adan dikatakan baru sahaja dua hari dihantar ke rumah pengasuh sebelum ayahnya menerima satu panggilan mengejut memaklumkan bayi tersebut tidak sedarkan diri.

Pada mulanya dimaklumkan tersedak susu

Menurut perkongsian tersebut, pengasuh pada awalnya mendakwa Adan tersedak susu sebelum bayi itu dibawa mendapatkan rawatan.

Namun begitu, hasil pemeriksaan doktor mendapati tiada tanda-tanda bayi berkenaan tersedak seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Difahamkan, keadaan Adan ketika itu lebih menjurus kepada kekurangan oksigen.

Pengasuh kemudian mengaku tinggalkan bayi bersendirian

Lebih menyedihkan, pengasuh tersebut kemudian didakwa mengaku bahawa ketika kejadian berlaku, Adan berada dalam keadaan muka menghadap bantal selain kaki dan tangan masih berbedung.

Malah, bayi kecil itu juga dikatakan ditinggalkan bersendirian di dalam bilik tanpa pengawasan.

Perkongsian tersebut nyata mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap nasib menimpa si kecil itu.

Ramai juga berharap agar keluarga Adan diberikan kekuatan menghadapi ujian berat ini selain berharap siasatan dijalankan dengan adil.

“Baru 4 bulan tengok dunia…”

“Allahuakbar, luluh hati ibu ayah.”

“Semoga ada pembelaan buat baby syurga ini.”

Netizen titip doa buat keluarga

Ruangan komen turut dipenuhi ucapan takziah dan doa daripada orang ramai yang tersentuh dengan kisah tersebut.

Ada juga dalam kalangan ibu bapa meluahkan rasa takut dan trauma untuk menghantar anak kecil kepada pengasuh selepas membaca perkongsian berkenaan.

Semoga keluarga baby Adan terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

@eykenn_ Replying to @Aarahamid🇲🇾 ciuman terakhir mama untuk baby adan . Harap kes dapat berjalan dengan lancar dan baby adan dapat keadilan yang selayaknya 🤍🕊️ Rehat anak syurga 🤍#fyp #babyadan ♬ bunyi asal – M.Riduan_Oficial92 – M.riduan_official92

 

Sumber: TikTok eykenn_

Continue Reading

Terkini

Guru Mengaji Dipenjara 9 Tahun, Tiga Sebatan Kerana Amang Seksual Tiga Murid Lelaki di Masjid

Published

on

Guru Mengaji Dipenjara 9 Tahun, Tiga Sebatan Kerana Amang Seksual Tiga Murid Lelaki di Masjid

Seorang guru mengaji al-Quran berusia 64 tahun menangis di hadapan hakim sambil merayu hukuman diringankan — namun mahkamah tetap menjatuhkan hukuman berat atas kesalahan yang dilakukannya selama dua tahun terhadap tiga kanak-kanak yang mempercayainya.

PASIR MAS — Hanafi Hassan, 64 tahun, dihukum penjara sembilan tahun dan tiga sebatan oleh Hakim Zulkpli Abdullah di mahkamah Pasir Mas selepas mengaku bersalah atas sembilan pertuduhan amang seksual fizikal terhadap tiga anak murid lelakinya yang berusia antara 9 hingga 11 tahun.

Kejadian berlaku antara 2023 hingga 2025, di tandas, bilik mandi dan stor di dua buah masjid serta sebuah stor kedai gunting rambut di Kusial Bharu, Tanah Merah — tempat-tempat yang sepatutnya menjadi ruang selamat bagi kanak-kanak.

🔎 Butiran Pertuduhan

  • Pertuduhan 1–4: Seorang mangsa berusia 9 tahun 4 bulan — kejadian bermula Mei 2023 hingga Oktober 2024
  • Pertuduhan 5–7: Mangsa kedua berusia 9 tahun 11 bulan — tiga kejadian sepanjang September–Oktober 2024
  • Pertuduhan 8–9: Mangsa ketiga berusia 11 tahun 2 bulan — November dan Disember 2024
  • Semua pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 — hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan.

Taktik Pengaruh dan Ugutan

Pendakwa raya, Siti Aiysha Na’ilah, mendedahkan bahawa tertuduh menggunakan pelbagai cara untuk menundukkan mangsa-mangsa yang masih kanak-kanak. Selain membawa mereka keluar, Hanafi turut membelikan pengecas telefon, kad sim dan kasut sebagai “gula-gula” untuk menarik perhatian mereka.

“Tertuduh juga mengugut tidak mahu lagi mengajar mengaji sekiranya mangsa enggan menurut kehendaknya.”

— Pendakwa Raya Siti Aiysha Na’ilah

Ugutan ini sangat berkesan kerana mangsa-mangsa menganggap Hanafi sebagai guru yang perlu dipatuhi — seorang individu yang dihormati dan dipercayai oleh ibu bapa mereka untuk mendidik agama anak-anak mereka.

Rayuan Tertuduh Ditolak

Tertuduh menangis di hadapan hakim dan merayu hukuman diringankan atas alasan usianya yang lanjut serta tanggungjawabnya sebagai penanggung tunggal keluarga yang mempunyai seorang anak kurang upaya berusia 27 tahun.

 

“Assalamualaikum tuan, pak cik mohon tuan ringankan hukuman pak cik seringan-ringannya memandangkan pak cik sudah tua… pak cik menyesal di atas perbuatan terkutuk ini.”

— Hanafi Hassan, tertuduh

Hakim Zulkpli Abdullah menolak rayuan itu dan menjatuhkan hukuman yang berkuat kuasa dari tarikh tangkapan pada 1 Mei lalu. Selain penjara dan sebatan, hakim turut mengeluarkan perintah kaunseling pemulihan sepanjang tempoh penjara, serta pengawasan polis selama tiga tahun selepas tamat hukuman.

“Mangsa masih terlalu muda dan tertuduh pula guru mengaji mereka — sudah tentu dihormat dan dipercayai — namun lelaki ini sebaliknya mengambil kesempatan dengan melakukan amang seksual terhadap mangsa secara berulang kali.”

— Pendakwa Raya Siti Aiysha Na’ilah

Pendakwa raya turut menegaskan bahawa hukuman berat ini penting sebagai mesej jelas kepada masyarakat bahawa kesalahan seksual terhadap kanak-kanak adalah jenayah serius yang tidak harus terus menjadi “barah” dalam komuniti.

 

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.