Connect with us

Hiburan

“Tak Perlu Seksi Pun Boleh Bergaya – Netizen Puji Fazura & Lisdawati”

Published

on

Tak perlu tayang aurat pun boleh nampak cantik & yakin! Itu yang ditunjukkan oleh dua selebriti tanah air, Nur Fazura dan Lisdawati, bila mereka kekal aktif dengan gaya masing-masing tapi tetap menjaga penampilan sopan.

Fazura Anggun Main Pickleball

Penampilan Fazura di gelanggang pickleball baru-baru ini jadi bualan ramai. Dalam dunia sukan yang makin trending ni, ramai pemain suka pakai pakaian ketat, tapi Fazura sebaliknya pilih gaya longgar, sopan dan berhijab.
Walaupun ringkas, tetap nampak classy dan manis. Seorang netizen siap tulis:

“Selalu tengok orang main pickleball pakaian seksi. Tapi Fazura tetap sopan, elok tertutup, cantik lagi!”

Lisdawati, Rider RXZ Muslimah

Sementara itu, Lisdawati pula muncul di perhimpunan motosikal RXZ bersama suami, Fauzi Nawawi. Apa yang buat ramai kagum, Lisda tetap berhijab dengan pakaian longgar walaupun menunggang jentera yang sinonim dengan imej ‘maskulin’.


Ada netizen komen:

“Rare betul rider muslimah macam ni. Sesuai jadi ikon untuk wanita lain.”

Malah, ada juga yang cadangkan pasangan ini diangkat jadi ikon rasmi perhimpunan RXZ tahunan.

Inspirasi Muslimah

Dalam dunia hiburan, bukan semua selebriti mampu jaga imej bila bersukan. Ada yang pernah dikecam sebab berpakaian mencolok mata. Tapi Fazura dan Lisdawati buktikan bahawa sopan tak pernah halang gaya, dan hijab bukan penghalang untuk aktif.

Mereka jadi inspirasi bahawa muslimah boleh terus yakin, kekal aktif, dan tetap bergaya tanpa perlu berkompromi soal aurat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

Ramai Sebak Lihat ‘Sultan Cina’ Sam Lim Peluk Islam, Netizen Titip Doa “Semoga Istiqamah”

Published

on

Ramai Sebak Lihat ‘Sultan Cina’ Sam Lim Peluk Islam, Netizen Titip Doa “Semoga Istiqamah”

Satu video yang tular di media sosial baru-baru ini berjaya menyentuh hati ramai apabila individu dikenali sebagai ‘Sultan Cina’, Sam Lim, dilihat melafazkan dua kalimah syahadah di sebuah pusat tahfiz.

Apa yang lebih menyentuh hati, momen tersebut dipercayai berlaku pada Jumaat terakhir Ramadan, satu hari yang sangat istimewa buat umat Islam.

Dalam video berkenaan, Sam Lim dilihat duduk berhadapan dengan seorang ustaz sambil dibimbing untuk mengucap syahadah di hadapan para pelajar tahfiz.

Suasana ketika itu juga dilihat cukup tenang dan penuh emosi apabila beberapa individu di sekeliling tidak dapat menahan rasa sebak melihat detik bersejarah tersebut.

Turut kelihatan, Sam Lim menerima pelukan daripada individu yang berada di situ sebaik sahaja selesai mengucap, seolah-olah menyambut kehadirannya sebagai saudara baru dalam Islam.

Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa syukur dan gembira melihat Sam Lim diberikan hidayah.

Malah, ramai juga yang meninggalkan komen dan doa agar beliau terus kuat dan istiqamah dalam perjalanan baharunya sebagai seorang Muslim.

Ada yang menyifatkan bahawa hidayah adalah sesuatu yang sangat mahal dan bukan semua orang diberikan peluang untuk merasainya.

“Bukan semua orang dipilih Allah untuk dapat hidayah. Semoga terus kuat dan istiqamah.”

“Sebak tengok. Kita yang lahir Islam pun belum tentu lebih baik kalau tak jaga agama.”

“Semoga dipermudahkan segala urusan saudara baru ini dan dikelilingi orang-orang baik.”

Dalam masa sama, ramai turut mengingatkan agar masyarakat tidak memandang rendah atau menghukum masa silam seseorang kerana setiap manusia mempunyai perjalanan hidup masing-masing.

Apa yang penting, setiap individu yang memilih untuk berubah ke arah lebih baik wajar diberikan sokongan dan doa.

Semoga Sam Lim terus diberi kekuatan, ketenangan hati dan dipermudahkan untuk mendalami ajaran Islam.

Sumber: Facebook

Continue Reading

Hiburan

“Bukan Sekadar Cincin…” – Syed Saddiq Buat Ramai Tersentuh Bila Sediakan Masa Depan Anak-Anak Bella

Published

on

Pelakon Bella Astillah selamat mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Majlis yang berlangsung sekitar jam 3 petang itu dihadiri kira-kira 150 tetamu terdiri daripada ahli keluarga serta rakan rapat kedua-dua belah pihak. Suasana sederhana tetapi meriah itu turut mencuri perhatian ramai apabila beberapa hantaran daripada Syed Saddiq dilihat mempunyai makna yang cukup mendalam.

Selain cincin pertunangan dan pembukaan akaun Lembaga Tabung Haji buat Bella, antara hantaran yang paling mencuri perhatian ramai adalah dua akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional khas untuk anak-anak Bella.

Tindakan Syed Saddiq itu dilihat sebagai tanda kasih dan keprihatinan terhadap masa depan anak-anak Bella, sekali gus membuatkan ramai netizen tersentuh. Ramai yang memuji kerana beliau bukan sahaja memikirkan pasangannya, malah turut menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap keluarga yang bakal dibina bersama.

Sementara itu, pihak Bella pula membalas dengan tujuh dulang hantaran termasuk set minyak wangi, makanan kucing dan beberapa hadiah lain.

Majlis tersebut turut dihadiri beberapa rakan artis terkenal seperti Nur Fazura, Que Haidar, Nora Danish, A. Aida, Nabil Ahmad, Ben Ali dan Ellie Suriaty.

Sebelum ini, hubungan Bella dan Syed Saddiq mula menjadi perhatian ramai sejak hujung tahun 2024 sebelum kemesraan mereka semakin jelas dan mencetuskan fenomena #BASS dalam kalangan peminat.

👉 Pada pendapat anda, romantik tak hantaran macam ni?
👉 Komen dan share kalau anda doakan hubungan mereka berkekalan.

Video :

Continue Reading

Terkini

Pelakon Wanita, Suami Direman Kes Tipu Tanah Tidak Wujud RM1.5 Juta

Published

on

Pelakon Wanita, Suami Direman Kes Tipu Tanah Tidak Wujud RM1.5 Juta

Pelakon Wanita, Suami Direman Kes Tipu Tanah Tidak Wujud RM1.5 Juta

SEREMBAN – Seorang pelakon wanita bersama suaminya kini berdepan siasatan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes penipuan membabitkan penjualan tanah lot kurniaan kerajaan yang sebenarnya tidak wujud, sehingga menyebabkan kerugian mencecah RM1.5 juta.

Lebih menarik perhatian, ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis, pelakon wanita berusia 35 tahun itu sempat berpesan kepada pihak media.

“Nanti tulis apa yang betul ya… kalau tak sahih jangan tulis. Terima kasih,” katanya ringkas.

Wanita itu bersama suaminya yang berusia 41 tahun tiba di mahkamah sekitar jam 9.15 pagi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Aruz, diiringi pihak polis bagi tujuan permohonan reman.

Pasangan tersebut sebelum itu difahamkan telah ditahan di sebuah rumah di Hulu Langat, Selangor pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, mahkamah membenarkan kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga 7 Mac bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Menurut beliau, penahanan pasangan tersebut dibuat susulan laporan yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 56 tahun yang mendakwa telah menjadi mangsa penipuan berkaitan tawaran mendapatkan tanah kurniaan kerajaan negeri Selangor.

Sumber : sinar harian

Mangsa yang merupakan bekas ahli perniagaan itu mendakwa telah ditawarkan beberapa lot tanah di bawah mukim Cheras, Selangor oleh seorang lelaki yang menjanjikan tanah tersebut adalah tanah kurniaan kerajaan negeri.

Terpedaya dengan tawaran tersebut, mangsa mula membuat urusan pembayaran kepada suspek.

Difahamkan, mangsa telah melakukan sebanyak 195 transaksi pembayaran bermula September 2023 sehingga November 2025.

Akibatnya, mangsa mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM1.5 juta sebelum menyedari tanah yang dijanjikan itu sebenarnya tidak wujud.

Kes kini masih dalam siasatan pihak polis.

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.