Terkini
“Datang Nak Ambil Anak, Tapi Kaki Dah Berbalut…” Ibu Ayah Terkedu Bayi 13 Hari Didakwa Patah Tulang Paha
“Datang Nak Ambil Anak, Tapi Kaki Dah Berbalut…” Ibu Ayah Terkedu Bayi 13 Hari Didakwa Patah Tulang Paha
Sepasang ibu ayah berdepan detik memilukan apabila bayi mereka yang baru berusia 13 hari didakwa mengalami patah tulang paha ketika menerima rawatan kuning di sebuah hospital di Sungai Petani, Kedah.
Menurut perkongsian tular di Facebook oleh si ibu, bayi kecil itu pada awalnya dimasukkan ke hospital untuk rawatan jaundis biasa selepas dilahirkan pada 28 April 2026 lalu.

Namun pada 10 Mei 2026, pasangan tersebut terkejut besar apabila datang untuk mengambil anak mereka sebelum dimaklumkan keadaan kaki bayi sudah berbalut akibat tulang paha dipercayai patah. 😢
Lebih menyedihkan, si ayah mendakwa keadaan anak mereka ketika lahir adalah normal dan kedua-dua kaki boleh bergerak seperti biasa tanpa sebarang masalah.

“Cepat sihat baby ibubaba… kuat tau, sikit ja lagi nak tunggu tulang tu tumbuh… jangan nangis,” tulis si ibu dalam satu hantaran yang mengundang sebak ramai netizen.
Difahamkan, keluarga bayi itu turut terkilan kerana mendakwa tidak menerima penjelasan yang jelas daripada pihak hospital tentang bagaimana perkara tersebut boleh berlaku sedangkan bayi berada di bawah pengawasan pihak perubatan ketika rawatan dijalankan.
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan sedih melihat keadaan si kecil yang masih terlalu muda untuk menanggung kesakitan seperti itu.

Ada juga yang berharap agar si kecil segera sembuh dan pihak berkaitan tampil memberi penjelasan berhubung insiden berkenaan.
Kesiannya baby tu… baru kenal dunia dah kena tanggung sakit macam ni 😭
Terkini
Baru 2 Hari Hantar Ke Rumah Pengasuh, Baby 4 Bulan Pulang Dalam Keadaan Kaku
Baru 2 Hari Hantar Ke Rumah Pengasuh, Baby 4 Bulan Pulang Dalam Keadaan Kaku 😭💔
Hati ibu ayah mana yang mampu menahan sebak apabila anak kecil yang dihantar dalam keadaan sihat akhirnya pulang tidak bernyawa.
Itulah ujian berat yang sedang dilalui keluarga kepada seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Muhammad Izz Ramadhan atau mesra dipanggil Adan.
Menerusi perkongsian tular di TikTok, Adan dikatakan baru sahaja dua hari dihantar ke rumah pengasuh sebelum ayahnya menerima satu panggilan mengejut memaklumkan bayi tersebut tidak sedarkan diri.

Pada mulanya dimaklumkan tersedak susu
Menurut perkongsian tersebut, pengasuh pada awalnya mendakwa Adan tersedak susu sebelum bayi itu dibawa mendapatkan rawatan.
Namun begitu, hasil pemeriksaan doktor mendapati tiada tanda-tanda bayi berkenaan tersedak seperti yang dimaklumkan sebelum ini.
Difahamkan, keadaan Adan ketika itu lebih menjurus kepada kekurangan oksigen.

Pengasuh kemudian mengaku tinggalkan bayi bersendirian
Lebih menyedihkan, pengasuh tersebut kemudian didakwa mengaku bahawa ketika kejadian berlaku, Adan berada dalam keadaan muka menghadap bantal selain kaki dan tangan masih berbedung.
Malah, bayi kecil itu juga dikatakan ditinggalkan bersendirian di dalam bilik tanpa pengawasan.
Perkongsian tersebut nyata mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap nasib menimpa si kecil itu.
Ramai juga berharap agar keluarga Adan diberikan kekuatan menghadapi ujian berat ini selain berharap siasatan dijalankan dengan adil.
“Baru 4 bulan tengok dunia…”
“Allahuakbar, luluh hati ibu ayah.”
“Semoga ada pembelaan buat baby syurga ini.”

Netizen titip doa buat keluarga
Ruangan komen turut dipenuhi ucapan takziah dan doa daripada orang ramai yang tersentuh dengan kisah tersebut.
Ada juga dalam kalangan ibu bapa meluahkan rasa takut dan trauma untuk menghantar anak kecil kepada pengasuh selepas membaca perkongsian berkenaan.
Semoga keluarga baby Adan terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.
@eykenn_ Replying to @Aarahamid🇲🇾 ciuman terakhir mama untuk baby adan . Harap kes dapat berjalan dengan lancar dan baby adan dapat keadilan yang selayaknya 🤍🕊️ Rehat anak syurga 🤍#fyp #babyadan ♬ bunyi asal – M.Riduan_Oficial92 – M.riduan_official92
Sumber: TikTok eykenn_
Terkini
Guru Mengaji Dipenjara 9 Tahun, Tiga Sebatan Kerana Amang Seksual Tiga Murid Lelaki di Masjid
Guru Mengaji Dipenjara 9 Tahun, Tiga Sebatan Kerana Amang Seksual Tiga Murid Lelaki di Masjid
Seorang guru mengaji al-Quran berusia 64 tahun menangis di hadapan hakim sambil merayu hukuman diringankan — namun mahkamah tetap menjatuhkan hukuman berat atas kesalahan yang dilakukannya selama dua tahun terhadap tiga kanak-kanak yang mempercayainya.
PASIR MAS — Hanafi Hassan, 64 tahun, dihukum penjara sembilan tahun dan tiga sebatan oleh Hakim Zulkpli Abdullah di mahkamah Pasir Mas selepas mengaku bersalah atas sembilan pertuduhan amang seksual fizikal terhadap tiga anak murid lelakinya yang berusia antara 9 hingga 11 tahun.
Kejadian berlaku antara 2023 hingga 2025, di tandas, bilik mandi dan stor di dua buah masjid serta sebuah stor kedai gunting rambut di Kusial Bharu, Tanah Merah — tempat-tempat yang sepatutnya menjadi ruang selamat bagi kanak-kanak.

🔎 Butiran Pertuduhan
-
Pertuduhan 1–4: Seorang mangsa berusia 9 tahun 4 bulan — kejadian bermula Mei 2023 hingga Oktober 2024
-
Pertuduhan 5–7: Mangsa kedua berusia 9 tahun 11 bulan — tiga kejadian sepanjang September–Oktober 2024
-
Pertuduhan 8–9: Mangsa ketiga berusia 11 tahun 2 bulan — November dan Disember 2024
- Semua pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 — hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan.
Taktik Pengaruh dan Ugutan
Pendakwa raya, Siti Aiysha Na’ilah, mendedahkan bahawa tertuduh menggunakan pelbagai cara untuk menundukkan mangsa-mangsa yang masih kanak-kanak. Selain membawa mereka keluar, Hanafi turut membelikan pengecas telefon, kad sim dan kasut sebagai “gula-gula” untuk menarik perhatian mereka.
“Tertuduh juga mengugut tidak mahu lagi mengajar mengaji sekiranya mangsa enggan menurut kehendaknya.”
— Pendakwa Raya Siti Aiysha Na’ilah
Ugutan ini sangat berkesan kerana mangsa-mangsa menganggap Hanafi sebagai guru yang perlu dipatuhi — seorang individu yang dihormati dan dipercayai oleh ibu bapa mereka untuk mendidik agama anak-anak mereka.
Rayuan Tertuduh Ditolak
Tertuduh menangis di hadapan hakim dan merayu hukuman diringankan atas alasan usianya yang lanjut serta tanggungjawabnya sebagai penanggung tunggal keluarga yang mempunyai seorang anak kurang upaya berusia 27 tahun.
“Assalamualaikum tuan, pak cik mohon tuan ringankan hukuman pak cik seringan-ringannya memandangkan pak cik sudah tua… pak cik menyesal di atas perbuatan terkutuk ini.”
— Hanafi Hassan, tertuduh
Hakim Zulkpli Abdullah menolak rayuan itu dan menjatuhkan hukuman yang berkuat kuasa dari tarikh tangkapan pada 1 Mei lalu. Selain penjara dan sebatan, hakim turut mengeluarkan perintah kaunseling pemulihan sepanjang tempoh penjara, serta pengawasan polis selama tiga tahun selepas tamat hukuman.
“Mangsa masih terlalu muda dan tertuduh pula guru mengaji mereka — sudah tentu dihormat dan dipercayai — namun lelaki ini sebaliknya mengambil kesempatan dengan melakukan amang seksual terhadap mangsa secara berulang kali.”
— Pendakwa Raya Siti Aiysha Na’ilah
Pendakwa raya turut menegaskan bahawa hukuman berat ini penting sebagai mesej jelas kepada masyarakat bahawa kesalahan seksual terhadap kanak-kanak adalah jenayah serius yang tidak harus terus menjadi “barah” dalam komuniti.
Terkini
Baru Habis Syif Malam, Nurse Ini Tinggalkan Barang Demi Selamatkan Wanita Tercekik
-
Kewangan2 months ago“Anak 10 Tahun Derma Sel Stem Demi Selamatkan Ayah Hidap Kanser — Namun Takdir Tentukan Segalanya”
-
Terkini2 months agoMenangis Teresak-esak Di Tepi Jalan, Pemandu Treler Trauma Terlanggar Rider Yang Terjatuh
-
Terkini2 months ago“Isteri Tunaikan Impian Beli Motosikal, Akhirnya Tinggal Kenangan” – Penunggang Maut Dirempuh Pemandu Positif Alkohol Dan Dadah Di Klang
-
Terkini6 months ago2 Pelajar Tingkatan 3 Maut Digilis Lori Ketika Dalam Perjalanan Ambil Sijil Sekolah
-
Kewangan2 months agoMata Cedera Terkena Bola Pickleball, Aaron Aziz Perlu Dititik Ubat Setiap 30 Minit
-
Terkini6 months ago“‘Tolong Doakan Saya Kuat’ — Luahan Pilu Anak Terbongkar Ayah Terlibat Aktiviti Songsang, Keluarga Terkesan Bertahun-Tahun”
-
Terkini3 months agoKanak-Kanak Ditimpa Penghadang Besi Tirai Dalam Masjid, Rakaman CCTV Undang Sebak
-
Terkini5 months ago“Berehatlah Di Syurga…” Ketua Jururawat Ampang Meninggal Bersama Bayi Dalam Kandungan



