Terkini
“Kerusi Mana Sesuai?” – Aliff Syukri Cetus Perhatian, Tanya Netizen Nak Bertanding PRU
“Kerusi Mana Sesuai?” – Aliff Syukri Cetus Perhatian, Tanya Netizen Nak Bertanding PRU
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian apabila dilihat meluahkan hasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di media sosial selepas beliau meluahkan rasa kecewa terhadap dakwaan penyelewengan dana zakat melibatkan jumlah besar.
Menurut Aliff, isu tersebut benar-benar menyentuh hatinya kerana ia melibatkan hak golongan yang memerlukan.
“Sanggup mereka gunakan duit yang sepatutnya untuk zakat. Tindakan apa yang patut dikenakan pada orang seperti ini?” luahnya.
Dalam masa sama, Aliff turut bertanyakan kepada pengikutnya tentang kawasan parlimen yang sesuai sekiranya beliau diberi peluang untuk bertanding.
“Kalau saya bertanding, kawasan mana sesuai? Kerusi mana korang nak Papa bertanding untuk perjuangkan nasib rakyat?” soalnya.
Tidak hanya itu, beliau juga meminta pandangan sama ada dirinya layak untuk memegang jawatan lebih besar seperti Menteri Keusahawanan.
“Kalau jadi menteri, Papa jadi Menteri Keusahawanan okay tak?” tambahnya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Ada yang menyokong dan melihat beliau sebagai individu yang berani bersuara mengenai isu rakyat, manakala ada juga yang berpendapat beliau sekadar berseloroh.
Beberapa rakan selebriti turut memberikan sokongan secara terbuka, termasuk yang menyatakan sokongan “120 peratus” terhadap hasrat tersebut.
Dalam pada itu, Aliff sebelum ini pernah meluahkan rasa kesal terhadap laporan berkaitan dana ratusan juta ringgit yang didakwa disalahgunakan oleh pihak tertentu.
Menurutnya, akibat perbuatan tidak bertanggungjawab itu, golongan yang benar-benar memerlukan bantuan akhirnya tercicir.
Perkongsian ini sekali lagi membuka perbincangan dalam kalangan netizen tentang peranan individu berpengaruh dalam memperjuangkan isu rakyat.
Persoalannya kini, adakah ia sekadar luahan emosi… atau benar-benar permulaan kepada langkah baru dalam dunia politik?
Video :
View this post on Instagram
Terkini
“Mohon Doa Semua…” Nash Jalani Pembedahan Selepas Diserang Sakit Jantung
“Mohon Doa Semua…” Nash Jalani Pembedahan Selepas Diserang Sakit Jantung
Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita mengenai penyanyi popular, Datuk Nashrudin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash, 67, yang dilaporkan menjalani pembedahan selepas mengalami serangan jantung petang tadi.
Berita menyedihkan itu dikongsikan Timbalan Presiden Music Malaysia yang juga Presiden IRAMA Entertainment Komuniti Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abdul Majid menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Menurut beliau, keadaan Datuk Nash agak membimbangkan apabila 80 peratus saluran jantungnya dilaporkan tersumbat.
“Mohon doa semua sahabat-sahabat. Saya baru menerima panggilan daripada anak kepada Datuk Nash, Shameer Nasha memaklumkan perkara tersebut.

“Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik,” katanya.
Perkongsian itu pantas mengundang rasa sebak dalam kalangan peminat yang membesar dengan lagu-lagu nyanyian Nash.

Screenshot
Nama Nash bukanlah asing dalam industri muzik tempatan. Beliau pernah mencipta fenomena sebagai bekas vokalis kumpulan Step Closer dan Lefthanded sebelum terus dikenang sebagai antara penyanyi rock bersuara emas yang cukup disegani.

Lagu hit seperti Pada Syurga Di Wajahmu sehingga kini masih menjadi siulan ramai dan sering membangkitkan nostalgia dalam kalangan peminat.
Ramai netizen turut membanjiri ruangan komen dengan doa dan kata-kata semangat buat penyanyi legenda itu.

Semoga Datuk Nash terus kuat melawan ujian ini dan dipermudahkan segala urusan rawatan beliau.
Video :
Terkini
“Baru Lepas Solat Zohor… Tak Sangka Itu Saat Terakhir Seorang Anak”
“Baru Lepas Solat Zohor… Tak Sangka Itu Saat Terakhir Seorang Anak”
Seorang pelajar Tingkatan Satu, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, dilaporkan maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau sekolah.
Difahamkan, ketika kejadian arwah baru sahaja selesai menunaikan solat Zohor.

Dia hanya mahu memakai kasut sebelum pulang seperti pelajar lain.
Namun siapa sangka, beberapa saat selepas itu berlaku kejadian yang meragut nyawanya.
Lebih menyentuh hati, abang mangsa yang turut bersekolah di tempat sama hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan oleh rakannya.

Dia terus berlari ke surau dan mendapatkan adiknya yang ketika itu sudah tidak sedarkan diri di tangga surau.
Bayangkan luluhnya hati seorang abang apabila adik yang selama ini bergurau dan membesar bersama pergi secara tiba-tiba di depan matanya sendiri.

Bapa mangsa pula memaklumkan dia sedang bekerja sebelum menerima panggilan daripada adik iparnya yang menangis meminta dia segera ke sekolah.
Sebaik tiba di sana, dia hanya mampu melihat anak perempuannya sudah terbaring tidak bernyawa.
Lebih memilukan, arwah merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan sudah kehilangan ibu sejak lima tahun lalu.

Kini, keluarga sekali lagi diuji dengan kehilangan yang sangat besar.
Perkongsian kisah ini membuatkan ramai netizen turut berasa sebak dan bersimpati dengan nasib keluarga mangsa.
Ramai yang membayangkan betapa beratnya ujian yang perlu ditanggung oleh seorang ayah dan abang apabila kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata.
Semoga roh Nur Fatimatul Hawa ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan menghadapi ujian yang sangat berat ini.
Terkini
“Air Mata Seorang Anak Yang Dah 15 Tahun Tunggu Jadi Abang” – Ibu Sebak, Berita Kehamilan Selepas Penantian Panjang Undang Ramai Menangis
“Air Mata Seorang Anak Yang Dah 15 Tahun Tunggu Jadi Abang” – Ibu Sebak, Berita Kehamilan Selepas Penantian Panjang Undang Ramai Menangis
Selepas 15 tahun menanti, akhirnya sebuah keluarga ini dikurniakan berita yang paling indah dalam hidup mereka.
Lebih menyentuh hati, berita kehamilan itu bukan sahaja menggembirakan si ibu dan ayah, tetapi turut membuatkan anak sulung mereka menitiskan air mata bahagia kerana akhirnya impiannya untuk bergelar ‘abang’ bakal menjadi kenyataan.
Menurut perkongsian yang tular di media sosial, pasangan tersebut sudah lama menantikan kehadiran cahaya mata kedua. Namun mereka memilih untuk menunggu sehingga kandungan mencecah 12 minggu sebelum berkongsi berita gembira itu dengan anak mereka yang kini berusia 15 tahun.

Sepanjang tempoh menunggu, si ibu mengakui perasaannya bercampur baur. Dalam masa yang sama gembira, ada juga rasa risau memikirkan bagaimana reaksi anak sulung mereka nanti.

Difahamkan, kali terakhir mereka berbual tentang “nak ada adik” adalah ketika anak mereka berusia sekitar 12 tahun. Selepas itu, topik tersebut tidak lagi disebut kerana mereka sendiri tidak mahu terlalu berharap.
Namun siapa sangka, doa yang dipendam selama bertahun-tahun akhirnya dimakbulkan.

Momen paling menyentuh berlaku apabila pasangan itu memilih untuk menyampaikan berita tersebut secara berdepan ketika melawat anak mereka di asrama.
Mereka menyediakan dua keping surat khas beserta gambar imbasan kandungan yang tertulis:
“Hello Abang Hakim… it’s me, adik.”

Pada awalnya, mereka menjangkakan anak mereka hanya akan tersenyum atau terkejut biasa sahaja. Tetapi apa yang berlaku benar-benar meruntun hati.
Anak lelaki mereka terus memeluk ibunya sambil menangis sebaik membaca surat tersebut. Air mata yang mengalir bukanlah air mata sedih, tetapi air mata seorang anak yang sudah terlalu lama menyimpan impian untuk menjadi seorang abang.
Rakaman momen itu turut membuat ramai netizen sebak dan meninggalkan komen mendoakan agar segala urusan keluarga tersebut dipermudahkan.
Ada yang mengakui mereka sendiri tidak dapat menahan air mata melihat reaksi si abang, manakala ramai juga berkata inilah bukti bahawa setiap doa, walau mengambil masa bertahun-tahun, pasti akan tiba pada waktu yang paling tepat.
Kadang-kadang Allah tidak beri cepat, sebab Dia nak beri pada waktu yang paling indah.
Semoga dipermudahkan segala urusan ibu ini sehingga selamat melahirkan nanti, dan semoga si abang menjadi abang terbaik buat adiknya yang bakal lahir tidak lama lagi ❤️
-
Kewangan2 months ago“Anak 10 Tahun Derma Sel Stem Demi Selamatkan Ayah Hidap Kanser — Namun Takdir Tentukan Segalanya”
-
Terkini2 months agoMenangis Teresak-esak Di Tepi Jalan, Pemandu Treler Trauma Terlanggar Rider Yang Terjatuh
-
Terkini1 month ago“Isteri Tunaikan Impian Beli Motosikal, Akhirnya Tinggal Kenangan” – Penunggang Maut Dirempuh Pemandu Positif Alkohol Dan Dadah Di Klang
-
Terkini5 months ago2 Pelajar Tingkatan 3 Maut Digilis Lori Ketika Dalam Perjalanan Ambil Sijil Sekolah
-
Kewangan2 months agoMata Cedera Terkena Bola Pickleball, Aaron Aziz Perlu Dititik Ubat Setiap 30 Minit
-
Terkini5 months ago“‘Tolong Doakan Saya Kuat’ — Luahan Pilu Anak Terbongkar Ayah Terlibat Aktiviti Songsang, Keluarga Terkesan Bertahun-Tahun”
-
Terkini3 months agoKanak-Kanak Ditimpa Penghadang Besi Tirai Dalam Masjid, Rakaman CCTV Undang Sebak
-
Terkini5 months ago“Berehatlah Di Syurga…” Ketua Jururawat Ampang Meninggal Bersama Bayi Dalam Kandungan

