Terkini
“Jatuh Terduduk Pun Dia Bangkit Semula” – Video Ali Puteh Cuci Rumah Baru Buat Ramai Sebak
“Jatuh Terduduk Pun Dia Bangkit Semula” – Video Ali Puteh Cuci Rumah Baru Buat Ramai Sebak
Perkongsian pelawak Ali Puteh di TikTok baru-baru ini berjaya mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik video sedang membersihkan rumah baru bersama anak-anaknya.
Menerusi video tersebut, Ali dilihat mencuci lantai rumah pada Syawal ke-17 sambil ditemani anak-anak yang setia berada di sisinya.
Walaupun video itu kelihatan ringkas, ramai netizen mengakui mereka tersentuh melihat usaha Ali yang terus kuat bekerja demi membina semula kehidupannya.
Di ruangan kapsyen, Ali turut meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

Katanya, dia akan terus berjuang demi anak-anak yang semakin membesar dan memerlukan dirinya.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya memuji semangat Ali untuk bangkit walaupun pernah melalui pelbagai ujian hidup.
Ramai yang melihat kejayaan Ali hari ini bukan datang dengan mudah.

Selepas melalui pelbagai kecaman dan kontroversi sebelum ini, Ali dilihat tidak pernah berhenti berusaha mencari rezeki.
Antara yang sering mendapat perhatian ialah perniagaan sambal petai yang diusahakannya sehingga berjaya membantu dirinya meneruskan kehidupan.
“Respect bang. Ko jatuh terduduk, habis semua kenangan kau jual. Tapi kau bangkit balik. Memang kuat,” tulis seorang netizen.
Ada juga yang mendoakan agar segala urusan Ali dipermudahkan dan rumah baru itu menjadi permulaan yang lebih baik buat dirinya serta anak-anak.
Terdahulu, nama Ali Puteh hangat diperkatakan susulan konflik saman menyaman dengan kakak iparnya selepas pemergian Allahyarham Abam.
Sejak itu, Ali menerima pelbagai kecaman daripada netizen.
Namun di sebalik semua itu, Ali memilih untuk terus bekerja, berniaga dan membina semula kehidupannya sedikit demi sedikit.
Bagi ramai orang, video itu bukan sekadar tentang mencuci rumah baru.
Tetapi ia adalah simbol bagaimana seseorang yang pernah jatuh masih mampu bangun semula jika tidak pernah berhenti berusaha.
Kadang-kadang, orang yang paling banyak diuji itulah juga orang yang paling kuat bertahan.
Video Penuh :
@aliputeh8917 syawal.. Alhamdulilah terus mendayung perahu hingga ke penghujungnya… Sampai masa akan tiba ke destinasi.. Terus berjuang demi anak anak kecil yg kian membesar.. Semoga dipermudahkan setiap langkah dan urusan.. Masanya pasti akan tiba… Insyaallah
Terkini
“Mohon Doa Semua…” Nash Jalani Pembedahan Selepas Diserang Sakit Jantung
“Mohon Doa Semua…” Nash Jalani Pembedahan Selepas Diserang Sakit Jantung
Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita mengenai penyanyi popular, Datuk Nashrudin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash, 67, yang dilaporkan menjalani pembedahan selepas mengalami serangan jantung petang tadi.
Berita menyedihkan itu dikongsikan Timbalan Presiden Music Malaysia yang juga Presiden IRAMA Entertainment Komuniti Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abdul Majid menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Menurut beliau, keadaan Datuk Nash agak membimbangkan apabila 80 peratus saluran jantungnya dilaporkan tersumbat.
“Mohon doa semua sahabat-sahabat. Saya baru menerima panggilan daripada anak kepada Datuk Nash, Shameer Nasha memaklumkan perkara tersebut.

“Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik,” katanya.
Perkongsian itu pantas mengundang rasa sebak dalam kalangan peminat yang membesar dengan lagu-lagu nyanyian Nash.

Screenshot
Nama Nash bukanlah asing dalam industri muzik tempatan. Beliau pernah mencipta fenomena sebagai bekas vokalis kumpulan Step Closer dan Lefthanded sebelum terus dikenang sebagai antara penyanyi rock bersuara emas yang cukup disegani.

Lagu hit seperti Pada Syurga Di Wajahmu sehingga kini masih menjadi siulan ramai dan sering membangkitkan nostalgia dalam kalangan peminat.
Ramai netizen turut membanjiri ruangan komen dengan doa dan kata-kata semangat buat penyanyi legenda itu.

Semoga Datuk Nash terus kuat melawan ujian ini dan dipermudahkan segala urusan rawatan beliau.
Video :
Terkini
“Baru Lepas Solat Zohor… Tak Sangka Itu Saat Terakhir Seorang Anak”
“Baru Lepas Solat Zohor… Tak Sangka Itu Saat Terakhir Seorang Anak”
Seorang pelajar Tingkatan Satu, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, dilaporkan maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau sekolah.
Difahamkan, ketika kejadian arwah baru sahaja selesai menunaikan solat Zohor.

Dia hanya mahu memakai kasut sebelum pulang seperti pelajar lain.
Namun siapa sangka, beberapa saat selepas itu berlaku kejadian yang meragut nyawanya.
Lebih menyentuh hati, abang mangsa yang turut bersekolah di tempat sama hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan oleh rakannya.

Dia terus berlari ke surau dan mendapatkan adiknya yang ketika itu sudah tidak sedarkan diri di tangga surau.
Bayangkan luluhnya hati seorang abang apabila adik yang selama ini bergurau dan membesar bersama pergi secara tiba-tiba di depan matanya sendiri.

Bapa mangsa pula memaklumkan dia sedang bekerja sebelum menerima panggilan daripada adik iparnya yang menangis meminta dia segera ke sekolah.
Sebaik tiba di sana, dia hanya mampu melihat anak perempuannya sudah terbaring tidak bernyawa.
Lebih memilukan, arwah merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan sudah kehilangan ibu sejak lima tahun lalu.

Kini, keluarga sekali lagi diuji dengan kehilangan yang sangat besar.
Perkongsian kisah ini membuatkan ramai netizen turut berasa sebak dan bersimpati dengan nasib keluarga mangsa.
Ramai yang membayangkan betapa beratnya ujian yang perlu ditanggung oleh seorang ayah dan abang apabila kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata.
Semoga roh Nur Fatimatul Hawa ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan menghadapi ujian yang sangat berat ini.
Terkini
“Air Mata Seorang Anak Yang Dah 15 Tahun Tunggu Jadi Abang” – Ibu Sebak, Berita Kehamilan Selepas Penantian Panjang Undang Ramai Menangis
“Air Mata Seorang Anak Yang Dah 15 Tahun Tunggu Jadi Abang” – Ibu Sebak, Berita Kehamilan Selepas Penantian Panjang Undang Ramai Menangis
Selepas 15 tahun menanti, akhirnya sebuah keluarga ini dikurniakan berita yang paling indah dalam hidup mereka.
Lebih menyentuh hati, berita kehamilan itu bukan sahaja menggembirakan si ibu dan ayah, tetapi turut membuatkan anak sulung mereka menitiskan air mata bahagia kerana akhirnya impiannya untuk bergelar ‘abang’ bakal menjadi kenyataan.
Menurut perkongsian yang tular di media sosial, pasangan tersebut sudah lama menantikan kehadiran cahaya mata kedua. Namun mereka memilih untuk menunggu sehingga kandungan mencecah 12 minggu sebelum berkongsi berita gembira itu dengan anak mereka yang kini berusia 15 tahun.

Sepanjang tempoh menunggu, si ibu mengakui perasaannya bercampur baur. Dalam masa yang sama gembira, ada juga rasa risau memikirkan bagaimana reaksi anak sulung mereka nanti.

Difahamkan, kali terakhir mereka berbual tentang “nak ada adik” adalah ketika anak mereka berusia sekitar 12 tahun. Selepas itu, topik tersebut tidak lagi disebut kerana mereka sendiri tidak mahu terlalu berharap.
Namun siapa sangka, doa yang dipendam selama bertahun-tahun akhirnya dimakbulkan.

Momen paling menyentuh berlaku apabila pasangan itu memilih untuk menyampaikan berita tersebut secara berdepan ketika melawat anak mereka di asrama.
Mereka menyediakan dua keping surat khas beserta gambar imbasan kandungan yang tertulis:
“Hello Abang Hakim… it’s me, adik.”

Pada awalnya, mereka menjangkakan anak mereka hanya akan tersenyum atau terkejut biasa sahaja. Tetapi apa yang berlaku benar-benar meruntun hati.
Anak lelaki mereka terus memeluk ibunya sambil menangis sebaik membaca surat tersebut. Air mata yang mengalir bukanlah air mata sedih, tetapi air mata seorang anak yang sudah terlalu lama menyimpan impian untuk menjadi seorang abang.
Rakaman momen itu turut membuat ramai netizen sebak dan meninggalkan komen mendoakan agar segala urusan keluarga tersebut dipermudahkan.
Ada yang mengakui mereka sendiri tidak dapat menahan air mata melihat reaksi si abang, manakala ramai juga berkata inilah bukti bahawa setiap doa, walau mengambil masa bertahun-tahun, pasti akan tiba pada waktu yang paling tepat.
Kadang-kadang Allah tidak beri cepat, sebab Dia nak beri pada waktu yang paling indah.
Semoga dipermudahkan segala urusan ibu ini sehingga selamat melahirkan nanti, dan semoga si abang menjadi abang terbaik buat adiknya yang bakal lahir tidak lama lagi ❤️
-
Kewangan1 month ago“Anak 10 Tahun Derma Sel Stem Demi Selamatkan Ayah Hidap Kanser — Namun Takdir Tentukan Segalanya”
-
Terkini2 months agoMenangis Teresak-esak Di Tepi Jalan, Pemandu Treler Trauma Terlanggar Rider Yang Terjatuh
-
Terkini3 weeks ago“Isteri Tunaikan Impian Beli Motosikal, Akhirnya Tinggal Kenangan” – Penunggang Maut Dirempuh Pemandu Positif Alkohol Dan Dadah Di Klang
-
Terkini5 months ago2 Pelajar Tingkatan 3 Maut Digilis Lori Ketika Dalam Perjalanan Ambil Sijil Sekolah
-
Kewangan2 months agoMata Cedera Terkena Bola Pickleball, Aaron Aziz Perlu Dititik Ubat Setiap 30 Minit
-
Terkini5 months ago“‘Tolong Doakan Saya Kuat’ — Luahan Pilu Anak Terbongkar Ayah Terlibat Aktiviti Songsang, Keluarga Terkesan Bertahun-Tahun”
-
Terkini3 months agoKanak-Kanak Ditimpa Penghadang Besi Tirai Dalam Masjid, Rakaman CCTV Undang Sebak
-
Terkini5 months ago“Berehatlah Di Syurga…” Ketua Jururawat Ampang Meninggal Bersama Bayi Dalam Kandungan

